Skip to main content

Hiburan

Leona ‘Kentut’ Dalam Video Live, Netizen Terhibur - “Kelakar, Bagus Tak Fake!”

leona

Pempengaruh media sosial, Leona mencuri perhatian ramai selepas sepotong video memaparkan dirinya ‘terkentut’ secara spontan ketika di dapur tular di laman sosial.

Menerusi rakaman yang dikongsikan oleh stesen radio Era di TikTok, Leona pada awalnya kelihatan teruja untuk mengambil nasi di dapur sebelum secara tiba-tiba mengeluarkan bunyi kentut.

Advertisement

Situasi itu membuatkan Leona tidak dapat menahan ketawa sebelum sempat memohon maaf.

 

@era.je “Leona tak boleh tahan” 😂😂😂 Sapa tengok live tiktok tadi 🤣 Total 167k yang tengok live tadi tau!! Mafgkan Leona yaaa #ERARadioNo1PalingLegit ♬ original sound - ERA

“Sorry, Leona tak boleh tahan,” katanya sambil tertawa.

 

Aksi selamba anak kepada pelakon Azhar Sulaiman itu nyata menghiburkan ramai pengguna media sosial yang rata-ratanya menganggap sikap spontan dan tidak berpura-pura. 

“Kelakar Leona. Bagus Leona tak fake. 

“Mesti seronok berkawan dengan Leona. Suka kalau ada kawan yang ceria dan tak berpura-pura macam ni. 

“Tak apa Leona, angin keluar is good!

“Perempuan cantik dan kelakar pun boleh kentut ke? Hahaha,” komen beberapa netizen. 

Must-Watch Video

Advertisement