Sekilas
- Kasih Iris Leona berkongsi hasratnya untuk berkahwin dengan lelaki yang kacak, tinggi, berjaya dan baik hati menerusi TikTok.
- Leona juga impikan mengadakan 10 majlis resepsi perkahwinan di seluruh dunia dengan pasangan yang sama.
- Perkongsian ini menarik perhatian ramai dan menghiburkan netizen di media sosial.
Pempengaruh media sosial, Kasih Iris Leona menyorot perhatian apabila meluahkan hasrat untuk mendirikan rumah tangga.
Menerui perkongsian di TikTok, Leona berharap agar dia dipertemukan jodoh dengan lelaki yang menepati cita rasanya seperti lelaki kacak, tinggi berjaya dan baik hati.
“Oh my god guys, saya nak sangat kahwin. Ya Allah, tolong beri saya jodoh.
“Ya Allah, saya nak seorang jodoh yang tinggi, handsome, berjaya dalam kerjaya, baik,” luahnya.
Bukan itu sahaja, anak kepada pelakon Azhar Sulaiman ini turut berkongsi impiannya untuk mengadakan 10 majlis resepsi perkahwinan di seluruh dunia.
“Ya Allah, saya nak sangat buat 10 wedding.
“Oh, 10 tu dengan orang yang sama, okey? Bukan 10 wedding dengan 10 lelaki. Saya nak 10 resepsi di seluruh dunia,” kongsinya lagi.
Perkongsian itu kemudian menyorot perhatian ramai yang rata-ratanya terhibur mendengar luahan dan permintaan Leona.
Sumber: TikTok