Skip to main content
Advertisement

Selebriti

“Lepas Bayar Duit Belanja Dapur, Sewa Rumah, Yuran Sekolah Anak, Separuh Dada Terasa Lapang” - Kmy Kmo Kongsi Realiti Perasaan Seorang Suami

Kmy

Sekilas

  • Kmy Kmo berkongsi bahawa sebagai suami, kebahagiaan datang apabila berjaya menunaikan tanggungjawab seperti menyediakan wang belanja dapur, membayar sewa rumah, dan yuran sekolah anak.
  • Beliau menegaskan bahawa selepas menyelesaikan semua bil dan tanggungjawab, hati seorang lelaki akan terasa lapang dan tenang.
  • Kmy Kmo juga menyatakan bahawa lelaki sering risaukan masa depan keluarga walaupun ketika menghadapi kesukaran sendiri, dan doa isteri menjadi bekalan mereka.
Advertisement

Penyanyi rap, Kmy Kmo mengakui sebagai seorang suami, perkara yang menggembirakan adalah apabila berjaya menunaikan tanggungjawab terharap keluarga.

Menerusi satu perkongsian di Threads, Kmy Kmo berkata perkara-perkara seperti menyediakan wang belanja dapur, membayar sewa rumah, menjelaskan yuran persekolahan anak serta melunaskan bil sudah cukup membuatkan hati seorang lelaki berasa lapang.

Advertisement

“Wahai isteri, sedarilah yang suami mu hanya gembira selepas berjaya selesaikan segala amanah dan tanggungjawab mereka sebagai seorang suami, ayah, dan anak lelaki.

“Lepas bayar duit belanja dapur, selesai sewa rumah, selesai bayar yuran sekolah anak, selesai bil api dan air, semua ni saja dah buatkan separuh dada terasa lapang,” kongsinya.

Dalam perkongsian sama, Kmy Kmo berkata  kebanyakan lelaki sering memikirkan nasib keluarga walaupun ketika diri sedang berdepan kesukaran.

Advertisement

Jelasnya lagi, apa yang lebih merisaukan bukanlah keadaan diri sendiri, sebaliknya masa depan isteri dan anak-anak sekiranya sesuatu yang buruk berlaku terhadap mereka.

“Jika kami sakit, bukan diri kami yang kami risaukan, malah kami masih lagi fikirkan nasib kamu dan anak/anak apa yg akan terjadi saat kami rebah diuji. Doa mu bekalan kami,” coretnya.

 

Anda mungkin berminat dengan

plastik aiskrim malaysia 1kg

plastik aiskrim malaysia 1kg

46PCS Chrome Vanadium Bolt Socket 46PC Wrench Screwdriver Bit Set Repairing Kit Tool Set Repair Ratchet Bits Spanner扳手

46PCS Chrome Vanadium Bolt Socket 46PC Wrench Screwdriver Bit Set Repairing Kit Tool Set Repair Ratchet Bits Spanner扳手

TYESO Insulated Tumbler 900ml/1200ml

TYESO Insulated Tumbler 900ml/1200ml

300L Foldable Outdoor Wagon

300L Foldable Outdoor Wagon

SUPERSAVE Lampu Raya Ketupat Lampu Ketupat Raya Lampu Kelip Kelip Solar LED Light Hari Raya

SUPERSAVE Lampu Raya Ketupat Lampu Ketupat Raya Lampu Kelip Kelip Solar LED Light Hari Raya

Crystal Jar 3 4 6Pcs Set Bekas Plastic Kuih Raya Luxury with Metal Tray

Crystal Jar 3 4 6Pcs Set Bekas Plastic Kuih Raya Luxury with Metal Tray

Related Topics

Must Watch Video

Advertisement