Skip to main content

Hiburan

“Lepas Ni Tak Boleh Panggil Abang Dah…” – Erma Fatima Ucap Tahniah Buat Eman Manan

“Lepas Ni Tak Boleh Panggil Abang Dah…” – Erma Fatima Ucap Tahniah Buat Eman Manan

Sekilas

  • Erma Fatima mengucapkan tahniah kepada Datuk Eman Manan atas penganugerahan Darjah Kebesaran Dato Paduka Mahkota Terengganu oleh Pemangku Raja Terengganu.
  • Erma memuji pengiktirafan itu sebagai kebanggaan buat industri kreatif tanah air dan sumbangan besar Eman dalam dunia seni.
  • Netizen turut memberikan ucapan tahniah dan Erma berseloroh tidak boleh lagi memanggil Eman dengan panggilan abang.
Advertisement

Pengarah dan pelakon, Erma Fatima menzahirkan ucapan tahniah buat aktor veteran, Datuk Eman Manan yang dikurniakan Darjah Kebesaran Dato  Paduka Mahkota Terengganu oleh Pemangku Raja Terengganu Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin.

 

Advertisement

Menerusi hantaran di Threads,  Erma menyifatkan pengiktirafan tersebut sebagai sesuatu yang cukup membanggakan bukan sahaja buat Eman, malah seluruh warga industri kreatif tanah air.

 

“Daulat Tuanku! Alhamdulillah... pingat tersemat di dada menjadi KEBANGGAAN industri kami.

 

“Selayaknya atas segala sumbangan yang diberikan kepada dunia seni tanah air. YOU DESERVE IT bang...,” tulisnya.

 

Erma juga sempat berseloroh tidak boleh lagi memanggil Eman dengan panggilan abang.

 

“Lepas ni tak boleh panggil abang dahhhh...” katanya secara berseloroh.

 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen juga turut menitipkan ucapan tahniah atas pengiktirafan yang diterimanya.

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement