Sejak tular foto mengenakan gaun pengantin, nama anggota kumpulan Dolla, Sabronzo kembali menjadi bualan hangat apabila penyanyi itu dikatakan sudah bergelar isteri kepada DJ terkenal dari Belanda, Dash Berlin.
Menerusi beberapa hantaran yang tular di platform Threads, majlis perkahwinan penyanyi berusia 30 tahun itu dipercayai berlangsung di Bali, Indonesia, kira-kira dua minggu lalu.
Advertisement
Menariknya, bukan sahaja soal perkahwinan Sabronzo yang menjadi tumpuan, malah identiti sebenar pelantun lagu Look At This itu turut mencuri perhatian ramai apabila ada yang baru mengetahui nama sebenarnya.

“Sabronzo = Wan Sabrina binti Wan Rusli.” tulis seorang pengguna yang seolah-olah terkejut.
“Memang nama dia Sabronzo ke? Baru tahu nama sebenar dia, ” soal seorang lagi warganet.
Tidak kurang juga yang terhibur selepas mengetahui nama sebenar penyanyi itu dan membandingkannya dengan selebriti lain.
“Wan Sabrina sis nama dia. Tapi stage name artis biasa lah glemer sikit. Ala-ala Emma Maembong tapi sebenarnya Fatimah. Hahaha!.
“Masa pertama kali tahu nama dia, berdekah saya gelak!” komen beberapa netizen.
Dalam masa sama, ramai yang tampil mempertahankan penggunaan nama pentas oleh penyanyi itu dan menganggap ia perkara biasa dalam industri seni.

“There’s this thing called ‘stage name’ if you don’t know.
“Tapi style juga kan singkatan dia jadi Sabronzo. Kagum dengan orang yang boleh bagi nama pentas sedap-sedap,” komen beberapa netizen.

Selain itu, ada juga yang menepis dakwaan kononnya Sabronzo mengalami ‘culture shock’, memandangkan dia pernah menyambung pengajian di Los Angeles sebelum ini dan membesar di sekitar Kuala Lumpur dan Subang Jaya.
“FYI, sebelum 2016 dia dah study di Los Angeles. Apa yang culture shock sangat? Culture shock tu geng yang tiap-tiap malam kat TREC tu,” sindir seorang pengguna.
Terdahulu, foto perkahwinan seorang wanita menyerupai penyanyi popular itu mula tular di laman sosial Threads.
Sumber memaklumkan, Sabronzo atau nama sebenarnya Wan Sabrina Wan Rusli, 30, berkemungkinan besar melangsungkan majlis perkahwinan di pulau peranginan itu kira-kira dua minggu lalu.
Sumber: Threads