Selepas tular ciapan lama penyanyi Amira Othman yang pernah mengucapkan tahniah kepada pasangan Fattah Amin pada tahun 2017, ramai netizen kini mula meniru ayat sama di media sosial.
Fenomena itu tercetus apabila ucapan Amira, “Congratulations Fattah & Fazura, jodoh itu rahsia Allah” kembali dikorek pengguna X selepas penyanyi itu sah bergelar isteri kepada pelakon berkenaan pada malam Ahad lalu.
Advertisement
Lebih mencuit hati, warganet mula mengubah nama artis kesayangan mereka sambil mengekalkan ayat yang sama seperti ucapan Amira.
"Congratulations Zul Ariffin & isteri! Jodoh itu rahsia Allah.
"Congratulations Nadhir Nasar & isteri! Jodoh itu rahsia Allah.
“Congratulations Hun Haqeem & isteri! Jodoh itu rahsia Allah,” tulis beberapa netizen.
Terdahulu, majlis akad nikah Fattah dan Amira berlangsung meriah di Golden Palm Trees, Sepang, Selangor dengan kehadiran rakan selebriti antaranya Ernie Zakri, Hawa Rizwana, Anzalna Nasir serta Nabila Razali.
Untuk rekod, Fattah pernah berkahwin dengan Fazura pada 27 November 2017 sebelum bercerai pada 7 Oktober tahun lalu. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya, 4.