Seorang wanita dipercayai ahli keluarga kepada isteri pempengaruh dan usahawan sensasi, Prince Syed, mendakwa bahawa beberapa ahli keluarga Fatin Syazwani telah direman polis.
Perkongsian itu dibuat oleh individu dikenali sebagai nikoniko_.iqaah menerusi satu hantaran di platform Thread.
Advertisement
“Update terkini… mak, ayah, abang dan sorang adik Fatin direman,” tulisnya ringkas tanpa menjelaskan sebab penahanan tersebut.

Sementara itu, menerusi perkongsian lain, seorang pengguna media sosial yang dipercayai merupakan teman kepada isteri Prince Syed turut tampil memohon doa agar urusan keluarga Fatin dipermudahkan.

Terdahulu, ibu mentua kepada Prince Syed mendakwa menantunya itu telah melarikan anak perempuannya serta menghalang keluarga daripada berjumpa.
Dalam satu video lain yang turut tular, wanita tersebut mendakwa anaknya kini berada dalam keadaan tidak sihat selepas menjalani prosedur bariatrik (pembedahan perut) yang dikatakan dilakukan atas desakan menantunya.
Sementara itu, hantaran lain di media sosial turut mendakwa Fatin mengalami komplikasi kesihatan serius termasuk dehidrasi teruk dan hampir lumpuh sebelum dibawa ke Hospital UiTM Puncak Alam.
Setakat ini, Prince Syed belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung dakwaan atau insiden yang hangat diperkatakan di media sosial sejak beberapa hari lalu.
Sumber: Threads