Skip to main content

Hiburan

"Lepaskanlah Saya Dengan Ikhlas, Berbaiklah Demi..." - Dr. Fie

"Lepaskanlah Saya Dengan Ikhlas, Berbaiklah Demi..." - Dr. Fie

Sekilas

  • Dr. Afifah Hidayah atau Dr. Fie berharap hubungan dengan bekas suami, Nubhan, dapat diselesaikan dengan baik demi kebahagiaan anak-anak mereka.
  • Dr. Fie meminta agar dirinya dilepaskan dengan ikhlas dan mengajak untuk berbaik sebagai ibu bapa, sambil menepis dakwaan hutang yang dikaitkan dengannya.
  • Nubhan mendakwa kediamannya didatangi pengutip hutang yang mencari Dr. Fie dan bertegas akan mengambil tindakan undang-undang jika keselamatan keluarganya terancam.
Advertisement

Bekas isteri kepada penyanyi, Nubhan iaitu Dr. Afifah Hidayah Ahmad Tawfek atau lebih dikenali sebagai Dr. Fie berharap agar segala urusan antara mereka dapat diselesaikan dengan baik demi kebahagiaan anak-anak.

Menerusi satu hantaran di media sosial, Dr. Fie menitipkan pesanan agar dirinya dilepaskan dengan penuh keikhlasan selain berharap agar mereka dapat menjalinkan hubungan yang baik sebagai ibu bapa.

Advertisement

"Lepaskanlah saya dengan ikhlas. Berbaiklah demi anak-anak. Apa lagi yang kita nak dalam hidup ni? Fie nak syurga je buat kita semua," tulisnya.

Bagaimanapun, perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen, termasuk seorang individu yang mempersoalkan kenyataan Dr. Fie berhubung isu hutang yang sebelum ini dibangkitkan Nubhan.

" Tapi kalau betul ada hutang itu, kena tanggung sendiri. Mana boleh lepas macam itu untuk anak-anak? Takkan nak kena bayar hutang orang lain, bayar dengan syurga? Maaf, tak faham kenyataan itu," komen individu berkenaan.

Advertisement

Tidak berdiam diri, Dr. Fie kemudian membalas komen tersebut dengan meminta individu itu membuktikan bahawa hutang yang dimaksudkan benar-benar miliknya.

"Buktikan itu hutang saya," balasnya.

Terdahulu, Nubhan mendakwa kediamannya didatangi beberapa individu yang dipercayai pengutip hutang dan sedang mencari bekas isterinya, Dr. Fie.

Menerusi perkongsian di media sosial, Nubhan, 40, menegaskan bahawa dia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya keselamatan dirinya, anak-anak dan keluarga terancam.

Menurut penyanyi itu, sebelum ini dia mengambil keputusan untuk tidak terlalu berkongsi perkara berkaitan kemelut rumah tangganya di media sosial kerana bimbang ahli keluarganya menjadi sasaran kecaman orang ramai.

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement