Lesti Kejora menjadi penyanyi dangdut generasi kini yang cukup popular selepas menyertai pertandingan Akademi Dangdut beberapa tahun lalu.
Kembali melihat perjalanan awal karier, penyanyi lagu Sekali Seumur Hidup itu mendedahkan fakta yang mengejutkan pereka busana Ivan Gunawan. Keduanya berbicara di Butik Haji Igun, lapor InsertLive.
Advertisement
Ivan pada awalnya bercakap tentang penampilan Lesti sewaktu awal kemunculan termasuk gaya rambut penyanyi itu.
Ia kemudian disambut isteri Rizky Billar tersebut dengan memberitahu sempat ‘memiliki kutu’.
“Ya rambut saya masih ada kutu pada waktu itu,” akui Lesti.
Meski Ivan sempat terkejut, Lesti mengingatkan bahawa pereka dan pendandan itu pernah ‘mematikan’ kutu di kepala sewaktu meriasnya.
“Kamu yang tolong ‘matikan’ kutu di kepala sewaktu merias rambut saya. Kamu tanya ‘dik ada kutu?’. Jadi kamu ambil dan matikan,” katanya lagi.
Perempuan yang kini berusia 26 tahun mengaku dijangkiti kutu sekitar usia belasan tahun daripada orang lain.
“Saya sedar ada kutu di kepala kerana sering gatal. Saya selalu tidur di pusat pengajian sebelum jadi artis. Jadi mungkin dijangkiti kutu dari orang lain,” katanya.