Skip to main content

Hiburan

Linda Bukan Keluar Elite Tapi…

Linda Rafar

Penyanyi dan juga ahli kumpulan Elite, Watie Sadali menegaskan pengumuman pengunduran Linda Rafar daripada kumpulan tersebut bukan kerana berlaku konflik dalaman.

Bagaimanapun, jelas Watie keputusan itu dibuat atas keputusan peribadi Linda sendiri dan mereka menghormatinya.

“Ada orang lain yang beritahu kami, kami memang langsung tidak tahu. Bila kami tanya memang dia tidak cakap cuma memang ada masalah dalaman mungkin  berkenaan komen netizen kepadanya semasa konsert tempoh hari.

“Kami semua tidak ada masalah sesama sendiri, kami semua okay,” jelas Watie.


Sementara itu, Sasha Saidin menafikan bahawa Linda benar-benar mahu meninggalkan Elite.

Menurut Sasha, kenyataan yang dimuat naik oleh temannya di media sosial itu sebenarnya hanya berbentuk andaian dan bukan pengumuman rasmi.

“Saya rasa dia buat keputusan itu setelah memikirkannya terlalu lama dan secara spontan. Bila saya tanya, dia kata ayat yang dia muat naik di media sosial itu hanyalah ayat ‘sekiranya’ atau ‘jika’, tapi orang terus salah faham dan ingat dia nak keluar.

“Saya rasa dia cuma nak berehat untuk seketika dan bukan keluar daripada kumpulan,” katanya.
 

Advertisement

Mengulas lanjut, sebagai ahli kumpulan mereka sentiasa menghormati sebarang keputusan ahli, termasuk jika ada yang memilih untuk meninggalkan kumpulan.
 

“Kalau sesiapa di antara kami nak keluar, mereka pasti ada sebab tersendiri dan kami akan tetap menghormati keputusan mereka,” ujar Sasha.
 

Terdahulu, Linda mencuri perhatian ramai apabila memuat naik kenyataan di media sosial yang seolah-olah memberi bayangan dirinya ingin mengundurkan diri daripada kumpulan Elite.


Pengumuman itu,  sekali gus mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan peminat.


 

Must-Watch Video

Advertisement