Skip to main content

Hiburan

Lisa Surihani Bangga Lakonan Yusry Abdul Halim Sebagai Dato Muzaffar Jadi Fenomena, Sempat Berseloroh - “Nanti Datuk Tunggu Datin Balik Ya? Rindu Dia”

Astro Gempak 521

Sekilas

  • Datin Lisa Surihani memuji lakonan suaminya, Datuk Yusry Abdul Halim, dalam drama Dendam Seorang Mertua melalui hantaran Instagram semasa menunaikan ibadah haji di Tanah Suci.
  • Yusry membalas penghargaan Lisa dengan mengulang siar hantaran tersebut di Instagram Story sebagai tanda terima kasih dan menantikan kepulangan isterinya.
  • Peminat terhibur dengan interaksi romantik pasangan ini dan mendoakan agar urusan ibadah haji Lisa dipermudahkan.
Advertisement

Perkongsian pelakon Datin Lisa Surihani buat suaminya, Datuk Yusry Abdul Halim mencuri perhatian ramai selepas memuji lakonan aktor itu dalam drama bersiri Dendam Seorang Mertua.

Menerusi hantaran dimuat naik dalam Instagram, Lisa yang kini berada di Tanah Suci bagi menunaikan ibadah haji meluahkan rasa bangga melihat sambutan luar biasa diterima suaminya menerusi watak Datuk Muzaffar.

Advertisement

“Dia memang memberikan persembahan yang sangat baik, bukan?

“Saya bersyukur melihat sokongan luar biasa yang diterimanya. Terima kasih banyak-banyak kerana menyokongnya. Saya sentiasa mengagumi bakat lakonannya. Sayang dia,” tulisnya.

Dalam masa sama, Lisa turut mengakui gembira melihat kejayaan suaminya dari jauh walaupun berjauhan ketika ini.

“Dari jauh, saya tumpang gembira dan bangga sebagai seorang isteri.

“#DatoMuzaffar,” katanya.

Lebih mencuit hati, pelakon berusia 39 tahun itu turut berseloroh mengenai kepulangannya nanti.

“Nanti Datuk tunggu Datin balik ya?

“#Kitapongelickpmcmni.

“Bergurau sahaja, rindu dia,” tulisnya lagi.

dvfb

Tidak berdiam diri, Yusry kemudiannya mengulang siar hantaran tersebut dalam Instagram Story miliknya sebagai tanda penghargaan terhadap isterinya.

“Thank you wifey.

“Baru boleh cakap ‘welcome home sayang’ in real life,” balasnya.

df

Menjengah ke ruangan komen, ramai peminat terhibur dengan interaksi romantik pasangan tersebut selain mendoakan agar urusan ibadah haji Lisa dipermudahkan.

“Datin Lisa joined the scene, comel betul. Moga dipermudahkan urusan sepanjang ibadah haji.

“Meanwhile, someone’s clearly counting down. Datuk Muzaffar coded, but make it in real life,” tulis seorang netizen.

“Ke tepi semua. Datin Lisa dah stake the claim. Ini baru betul Datuk dan Datin in real life,” komen seorang lagi pengguna media sosial.

“The sweetest couple ever. Tak sabarnya nak tunggu Datin balik,” tulis peminat lain.

Terdahulu, Lisa berangkat ke Tanah Suci bagi menunaikan ibadah haji, manakala Yusry kekal di tanah air selepas rayuannya untuk mendapatkan visa haji musim ini tidak berjaya.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Manchester United 25/26 Pre Match Jersey Men Black KA6419

adidas Football Manchester United 25/26 Pre Match Jersey Men Black KA6419

MAELY | Tea Basic by Telekung Tea | Telekung Sulam Cotton + Bag + Gift Box | Travel Friendly

MAELY | Tea Basic by Telekung Tea | Telekung Sulam Cotton + Bag + Gift Box | Travel Friendly

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Bebola Sabit/Bebola Cinta/Papan Love/Jubin Love (26cm-27cm) GA-7

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Bebola Sabit/Bebola Cinta/Papan Love/Jubin Love (26cm-27cm) GA-7

【New Launch】Glad2Glow White Truffle Radiance Glow Serum Spray 100ml Essence Glossy Deep Hydrating Face Serum Mist

【New Launch】Glad2Glow White Truffle Radiance Glow Serum Spray 100ml Essence Glossy Deep Hydrating Face Serum Mist

TIMAGE Tri-color Contouring Plate

TIMAGE Tri-color Contouring Plate

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

Must Watch Video

Advertisement