Skip to main content

Hiburan

Live Nation Malaysia Lancar KL Headline Season 2026! The Weeknd , BTS, Lany & Post Malone Antara Yang Bakal Gegarkan Kuala Lumpur

Astrogempak KL HEADLINER

Sekilas

  • Live Nation Malaysia lancar KL Headline Season 2026 dengan lebih 25 konsert antarabangsa di enam lokasi utama Kuala Lumpur sepanjang tahun depan.
  • Acara ini dijangka menarik lebih 500,000 peminat muzik dari Malaysia dan Asia, menampilkan artis terkenal seperti Post Malone, The Weeknd, BTS, dan lain-lain.
  • Inisiatif ini selari dengan kempen Visit Malaysia 2026 dan bertujuan mengukuhkan Kuala Lumpur sebagai hab hiburan dan destinasi pelancongan utama.

Penganjur konsert antarabangsa, Live Nation Malaysia mengumumkan pelancaran rasmi KL Headline Season 2026, sebuah inisiatif berskala besar yang bakal meletakkan Kuala Lumpur sebagai antara destinasi utama konsert dan jelajah muzik antarabangsa di Asia.

Dengan kerjasama PR Worldwide, Tourism Malaysia dan CelcomDigi, KL Headline Season 2026 dijangka membawa lebih 25 persembahan antarabangsa sepanjang tahun hadapan melibatkan enam lokasi utama di ibu negara.

Lebih menarik, acara tersebut dianggarkan bakal menarik lebih 500,000 peminat muzik dari Malaysia dan seluruh rantau Asia sekali gus mengukuhkan kedudukan Kuala Lumpur sebagai hab hiburan serantau.

Antara nama besar yang bakal mengadakan persembahan termasuk LANY, Laufey, Bryan Adams, DAY6, TREASURE dan Daniel Caesar.

Malah, persembahan berskala stadium oleh Post Malone, The Weeknd dan BTS turut dijadualkan berlangsung di Kuala Lumpur.

KL Headline Season 2026 turut dilihat selari dengan aspirasi nasional menerusi kempen Visit Malaysia 2026 yang menyasarkan 47 juta pelancong antarabangsa.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh, industri hiburan secara langsung kini memainkan peranan penting dalam merancakkan sektor pelancongan negara.

“Visit Malaysia 2026 memberi fokus untuk memperkukuhkan kedudukan Malaysia sebagai destinasi utama pelancongan bernilai tinggi dan hiburan langsung memainkan peranan besar dalam usaha itu.

“Konsert dan acara berskala besar bukan sahaja menarik pelancong antarabangsa, tetapi turut memberi manfaat kepada sektor hospitaliti dan perniagaan tempatan,” ujarnya.

Sementara itu, Pengarah Urusan Live Nation Malaysia, Paramananthan Rajagopal berkata, pihaknya mahu menjadikan Kuala Lumpur sebagai destinasi tetap dalam kalendar jelajah artis antarabangsa di Asia.

“Live music adalah tentang hubungan antara artis dan peminat. Dengan KL Headline Season, kami mahu membina momentum berterusan untuk konsert-konsert antarabangsa di Kuala Lumpur.

“Ia bukan sahaja memberi manfaat kepada peminat dan artis, malah membantu mengukuhkan ekosistem pelancongan serta hiburan negara,” katanya.

Antara Barisan Konsert KL Headline Season 2026:

  • 19 Mei — BUS @ Zepp KL
  • 23 Mei — Vir Das @ Plenary Hall KLCC
  • 24-26 Mei — Daniel Caesar @ Idea Live Arena
  • 30 Mei — TREASURE @ Unifi Arena
  • 31 Mei — Anson Seabra @ Zepp KL
  • 2 Jun — Laufey @ Unifi Arena
  • 26 Ogos — Kodaline @ Idea Live Arena
  • 27 September — Post Malone @ Stadium Nasional Bukit Jalil
  • 1 November — LANY @ Unifi Arena
  • 4 & 5 November — The Weeknd @ Stadium Nasional Bukit Jalil
  • 12 & 13 Disember — BTS @ Stadium Nasional Bukit Jalil

Tiket serta maklumat lanjut boleh didapati menerusi Live Nation Malaysia.

Anda mungkin berminat dengan

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

Must Watch Video

Advertisement