Skip to main content

Hiburan

Liyana Jasmay Kesal Dengan Komen Segelintir Lelaki Tak Sensitif Kes Tragis Gadis Ditikam - “Sakit Hati Baca…”

Astrogempak LIYANA

Sekilas

  • Liyana Jasmay meluahkan rasa kesal terhadap komen netizen lelaki yang dianggap tidak sensitif dan menyalahkan mangsa dalam kes pembunuhan gadis, Nurfisya.
  • Pelakon itu menyeru masyarakat supaya berhenti menyalahkan wanita dan lebih fokus kepada pendidikan serta pembentukan sikap dalam kalangan lelaki.
  • Mayat Nurfisya, 19 tahun, ditemui berlumuran darah di Ketereh, dipercayai dibunuh di tempat lain sebelum ditinggalkan di lokasi tersebut.

Pelakon, Liyana Jasmay meluahkan rasa kesal selepas membaca beberapa komen netizen khususnya daripada lelaki, susulan kes tragis melibatkan seorang gadis dikenali sebagai Nurfisya.

Menerusi satu hantaran di media sosial, Liyana menyifatkan komen-komen tersebut sebagai tidak sensitif dan seolah-olah menyalahkan mangsa.

“Sakit hati baca reply lelaki pasal kes Nurfisya ni! Nak bagi ingatan la, jangan mainkan hati lelaki, lelaki boleh jadi gila, jangan menempah maut?

Dalam masa sama, Liyana turut menyeru masyarakat agar berhenti menyalahkan wanita dalam situasi sebegini, sebaliknya memberi fokus kepada pendidikan dan pembentukan sikap dalam kalangan lelaki.

“Stop killing girls! Yang ada anak lelaki, tolong didik mereka. Jangan biarkan mereka jadi pembunuh,” tegasnya.

“Hello! You siapa nak kawal anak perempuan orang? Bayangkan kalau perkara ini berlaku pada ahli keluarga sendiri, mampu ke nak cakap macam tu?” luahnya.

Sebelum ini, mayat Nurfisya, 19, ditemukan dalam keadaan berlumuran darah di atas jalan di Ketereh oleh penduduk pada jam 12.22 tengah malam, Jumaat.

Mangsa dipercayai dibunuh di lokasi lain sebelum ditinggalkan di kawasan tersebut.

Anda mungkin berminat dengan

HABIB 999 24K Yellow Gold Pendant (Butterfly) 9GP008

HABIB 999 24K Yellow Gold Pendant (Butterfly) 9GP008

ZANZEA Women's Retro Casual Plaid Set - V-neck, Lantern Sleeves, Elastic Waist

ZANZEA Women's Retro Casual Plaid Set - V-neck, Lantern Sleeves, Elastic Waist

Abraca Dabra Super Soft Earth Tone Colour Series Microfibre Pillowcase (20" X 30"/1 Pc)

Abraca Dabra Super Soft Earth Tone Colour Series Microfibre Pillowcase (20" X 30"/1 Pc)

Interactive octopus plush dog toy with snack dispenser

Interactive octopus plush dog toy with snack dispenser

Ceramic Plate

Ceramic Plate

Must-Watch Video

Advertisement