Skip to main content

Hiburan

Liyana Jasmay Sedih Baca Kes Tik*m Pelajar - “Harap Ini Jadi Peringatan…”

Astro Gempak 268

Sekilas

  • Liyana Jasmay meluahkan kesedihan atas insiden pelajar Tingkatan Tiga yang cedera ditikam di sebuah sekolah di Banting, Selangor.
  • Kejadian berlaku apabila seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun ditikam di beberapa bahagian badan dan dikejarkan ke Hospital Banting.
  • Suspek yang sedang menjalani rawatan kesihatan telah ditahan dan kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.

Pelakon dan penyanyi, Liyana Jasmay meluahkan rasa sedih susulan insiden seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga yang cedera selepas ditikam di sebuah sekolah di Banting, Selangor baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di Threads, Lyana menyifatkan kejadian tersebut sebagai peringatan buat semua orang.

“Sedih baca pasal kes tikam di Banting. Mereka baru Tingkatan Tiga.

“Girls vs girls memang bahaya. Bila sakit hati, orang kutuk atau buli, dah terlalu tertekan, lepas itu tak tahu cara lain nak diamkan terus serang.

“Harap ini jadi peringatan untuk kita semua, tak perlu nak sakitkan hati orang lain sebab kita tak tahu apa yang sedang mereka lalui.

“Jadilah orang baik, cuba jadi orang baik dan elakkan hati hitam. Pesanan untuk diri sendiri dan anak-anak kita semua,” tulisnya.

dcfv



Terdahulu, dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi Isnin lalu, seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun cedera selepas ditikam di beberapa bahagian badan dalam satu insiden yang mengejutkan warga sekolah.

Mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Banting untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Suspek dipercayai memasuki kawasan kantin melalui laluan berhampiran surau sebelum kejadian berlaku.

Remaja yang memakai kemeja-T hitam itu difahamkan tidak hadir ke sekolah sejak beberapa bulan lalu dan sedang menjalani rawatan kesihatan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar dilaporkan berkata, suspek telah ditahan bagi membantu siasatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

Must Watch Video

Advertisement