Skip to main content

Hiburan

Liza Hanim Kongsi Detik Penampilan Jadi Bahan Gurauan Pelawak - “Ditunjukkan Di Hadapan Muka, Apa Ni?”

Liza Hanim

Sekilas

  • Liza Hanim berkongsi pengalaman pahit apabila penampilannya dijadikan bahan jenaka oleh seorang pelawak semasa sebuah program berlangsung.
  • Pelawak tersebut mengeluarkan kata-kata kurang sopan yang menyentuh soal kecantikan Liza secara terbuka di hadapan artis lain.
  • Walaupun kecewa, Liza tetap berpegang pada bakatnya dan tidak membiarkan insiden itu melemahkan semangatnya dalam industri seni.

Penyanyi terkenal, Liza Hanim tidak dapat menahan sebak ketika mengimbau satu pengalaman pahit ketika menghadiri sebuah program yang turut melibatkan beberapa selebriti lain.

Dakwa Liza atau nama sebenarnya Haliza Hanim Abdul Halim, penampilannya telah dijadikan bahan jenaka oleh seorang pelawak yang merupakan salah seorang pengacara bagi program berkenaan.

Apa yang mengguriskan hati pelantun lagu Siapa Sangka Siapa Menduga itu apabila pelawak berkenaan didakwa telah mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya sambil menunjuk ke arahnya.

“Host yang sepatutnya jalankan program itu belum mula lagi tetapi ini adalah seorang lagi pengacara yang nak ‘warm up’. Saya duduk dengan beberapa artis yang lain.

“Selepas itu dia (pelawak) berkata begini, ‘Selamat datang, apa khabar dan sebagainya. Okay hari ini kita di program yang sangat menarik. Kita ada banyak selebriti yang datang. Ada yang cantik, ada yang tak sangat cantik’.

“Saya tahu saya bukanlah seorang yang memiliki standard kecantikan. Tapi ditunjukkan di hadapan muka. Apa ni?” luahnya.

Liza berkongsi kisah tersebut ketika menjadi tetamu dalam sesi podcast Kita Kita Aja yang dikendalikan pengacara terkenal, Datuk Aznil Haji Nawawi.

Walau bagaimanapun, Liza berkata situasi tersebut tidak pernah melemahkan semangatnya dari terus bertahan dalam industri seni.

“Saya yakin, sebab itu saya kata berpegang pada bakat,” ujarnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa simpati dengan Liza atas kejadian itu.

Sumber: TikTok

Anda mungkin berminat dengan

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Must Watch Video

Advertisement