Sekilas
- Liza Hanim berbangga apabila anak keduanya, Marissa Qaireen, berjaya menamatkan peperiksaan IGCSE yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.
- Marissa menghadapi tahun 2025 yang mencabar dengan tekanan dan keletihan emosi, namun tetap berjaya bangkit dan berjuang.
- Liza memberi kata-kata semangat kepada Marissa untuk terus berusaha dalam akademik dan menghargai masa sebagai pelajar senior.
Penyanyi, Liza Hanim meluahkan rasa syukur dan bangga apabila anak keduanya, Marissa Qaireen berjaya menamatkan peperiksaan International General Certificate of Secondary Education (IGCSE) iaitu peperiksaan antarabangsa setaraf O-Level yang diiktiraf di peringkat global.
Menerusi perkongsian di Instagram, sebagai ibu, Liza mengakui perjalanan tahun 2025 bukanlah mudah buat anaknya apabila terpaksa berdepan dengan tekanan, keletihan emosi selain pelbagai cabaran sepanjang tempoh pembelajaran.
“@marissa.qaireen awak mungkin tidak menyedari betapa ayah dan mama sangat berbangga dengan awak.
“Tahun 2025 adalah tahun yang sukar, penuh dengan keletihan, menangis jadi teman tetapi awak berjaya bangkit dan terus berjuang.
“Alhamdulillah usaha Kak Ngah membuahkan hasil. Tahniah untuk peperiksaan IGCSE!” kongsinya.

Dalam masa sama, Liza juga turut memberikan kata-kata semangat kepada anaknya untuk menghadapi cabaran seterusnya dalam dunia akademik.
“Perjuangan ini belum berakhir. Kita akan teruskan langkah ke pusingan seterusnya dan ingatlah, kami semua sentiasa di sisi kamu.
“Jangan lupa untuk menikmati tahun sebagai pelajar senior, hargai setiap detik bersama rakan-rakan, jangan tinggal solat dan teruskan berdoa,” coretnya.
Sebelum ini, Marissa juga mendapat Keputusan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) tahun 2021 dengan cemerlang.
Lebih manis lagi, Marissa berjaya mendapat 8A bagi penilaian tersebut.