Skip to main content

Hollywood

Logo ‘E’ Muncul Di Bukit Bintang, Evanescence Bakal Datang Malaysia?

Astro Gempak Evanescence

Sekilas

  • Sebuah papan iklan dengan huruf ‘E’ yang menyerupai logo Evanescence muncul di Bukit Bintang, mencetuskan spekulasi konsert kumpulan rock itu di Malaysia.
  • Peminat di media sosial menunjukkan keterujaan tinggi dengan kemungkinan Evanescence kembali ke Kuala Lumpur selepas terakhir kali mengadakan konsert pada 2012.
  • Setakat ini, tiada pengumuman rasmi daripada penganjur mengenai kehadiran Evanescence dalam siri jelajah dunia mereka yang sedang berlangsung.
Advertisement

Kemunculan sebuah papan iklan dengan huruf ‘E’ di kawasan Bukit Bintang mencetuskan tanda tanya dalam kalangan peminat muzik rock tempatan, sekali gus mengundang spekulasi mengenai kemungkinan kumpulan Evanescence bakal kembali ke Malaysia.

Billboard berkenaan yang memaparkan huruf ‘E’ menyerupai logo rasmi band terkenal dari Amerika Syarikat itu dikesan dipasang di sekitar Jalan Bukit Bintang, lokasi tumpuan pelancong dan pusat hiburan di ibu negara.

Advertisement

Sejak itu, media sosial mula dipenuhi dengan pelbagai reaksi, terutamanya daripada peminat setia yang teruja dengan kemungkinan konsert bakal berlangsung dalam masa terdekat.

“Tahun 2012 dah pernah tengok Evanescene di KL Live. Kalau confirm jadi (datang), kita pergi lagi. Ayuh.

“Wow, meriahlah tahun ini dengan konsert. Simple Plan pun datang ni. Memang koyak poket!

“Weh seriouslah Evanescene?! Kalau betul mereka datang (tour), aku janji akan berdiri paling depan,” demikian antara komen yang dikongsikan netizen di Threads.

Untuk rekod, Evanescence kali terakhir mengadakan konsert di Malaysia pada tahun 2012 di KL Live dengan kehadiran lebih 3,000 penonton.

Sehingga kini, masih belum ada sebarang pengumuman rasmi daripada pihak penganjur berhubung kehadiran kumpulan tersebut ke Kuala Lumpur.

Band yang dianggotai oleh Amy Lee bersama Tim McCord, Will Hunt, Troy McLawhorn dan Emma Anzai itu kini sedang meneruskan siri jelajah Evanescence World Tour yang diumumkan sejak tahun lalu.

Evanescence mula mencipta fenomena global pada tahun 2003 menerusi album debut Fallen, yang menampilkan lagu-lagu popular seperti Bring Me to Life, Going Under dan My Immortal.

Dengan petunjuk misteri yang muncul di tengah kota, persoalannya kini, adakah Evanescence benar-benar bakal kembali menggegarkan pentas Malaysia selepas lebih sedekad?

Anda mungkin berminat dengan

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY BACKPACK Unisex Blue KA9881

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY BACKPACK Unisex Blue KA9881

adidas Football AFA ARGENTINA BACKPACK Unisex Blue KE1386

adidas Football AFA ARGENTINA BACKPACK Unisex Blue KE1386

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Men White JM8396

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Men White JM8396

JDT Worldwide 1070

JDT Worldwide 1070

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

Must Watch Video

Advertisement