Skip to main content

Hiburan

Lorenzo Irmann Sedia Ubah Fizikal Demi Penuhi Visi Pengarah - "Nak Botak Pun Saya Okay..."

Lorenzo Irmann

Pelakon, Lorenzo Irmann mengakui sedia melakukan sebarang perubahan fizikal demi menjayakan sesuatu watak.

Jelas Lorenzo, soal menurunkan berat badan atau mengubah penampilan bukan satu masalah besar buatnya selagi ia menepati kehendak karakter dan visi pengarah.

“Untuk kurus tu boleh. Nak botak pun saya okay. Nak badan macam mana pun insya-Allah saya akan cuba yang terbaik.

“Tapi pada saya, kalau pengarah ada ‘feel’ dan mahukan sesuatu perubahan, mesti ada sebab di sebaliknya. Jadi kita sebagai pelakon ikut saja. Kadang-kadang kita tak nampak apa yang orang lain nampak,” katanya kepada Gempak.

Tambah Lorenzo lagi, sebagai pelakon dia percaya setiap keputusan yang dibuat oleh pengarah mempunyai justifikasi tersendiri dalam membentuk keseluruhan jalan cerita.

Baginya, kepercayaan terhadap visi kreatif pengarah adalah penting bagi memastikan hasil akhir yang terbaik dapat dicapai.

“Kadang-kadang kita tak tahu apa yang orang lain boleh nampak. Jadi ikut sahaja,” ujarnya ringkas.

Mengulas mengenai perubahan fizikal yang dilakukannya ketika ini, Lorenzo menjelaskan ia sekadar persediaan untuk projek akan datang.

“Just preparation je untuk upcoming cerita. Nak nampak smart sikitlah,” katanya berseloroh.

Bagaimanapun, Lorenzo mengakui setakat ini dia belum berpeluang membintangi naskhah bergenre aksi.

“Tak ada action-action. So far belum ada rezeki lagi ke arah itu, tapi harap-harap adalah. Sekarang saya buat ini untuk diri sendiri dan untuk nampak lebih baik di skrin sahaja,” jelasnya.

Anda mungkin berminat dengan

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Must Watch Video

Advertisement