Skip to main content

Hiburan

Luah Rasa Rindu, Elfira Loy Pakai Baju & Barang Arwah Ibu - “Nak Kata Saya Kuat, Sebenarnya Remuk Jugalah”

Elfira Loy

Sekilas

  • Elfira Loy berkongsi rasa rindu yang mendalam terhadap arwah ibunya dengan memakai pakaian dan barangan milik arwah.
  • Pelakon itu mengakui walaupun cuba kelihatan kuat, dia sebenarnya turut merasa remuk dan sebak terutama ketika memilih pakaian kerana arwah ibunya sangat menitikberatkan penampilan.
  • Ibunya, Filzah Yusoff, meninggal dunia pada 13 September selepas mengalami keadaan kritikal dan menjalani prosedur intubasi di hospital.
Advertisement

Pemergian arwah ibu tercinta sememangnya memberi kesan yang amat mendalam kepada pelakon Elfira Loy. 

 

Advertisement

Menerusi perkongsian di Instastory, Elfira memberitahu dia mengenakan pakaian serta menggunakan barangan milik ibunya kerana merindui arwah. 

 

“‘Mommy, awak nampak macam mama la’. Ya, sebab saya memakai baju dan semua barang tok mama. Saya sangat rindukan arwah. 

Advertisement

 

“Sebagaimana saya mahu cakap yang saya kuat, sebenarnya remuk jugalah,” kongsi Elfira. 

 

Tambahnya, rasa sebak turut hadir terutama ketika memilih pakaian kerana arwah ibunya amat menitikberatkan penampilan dan kebersihan.

 

“Terutama bila tengah pilih baju sebab mama ini dia suka bersih, cantik, wangi dan kena presentable. Walaupun nak pergi solat saja,” katanya. 

 

Pada 13 September lalu, Elfira memaklumkan ibunya iaitu Filzah Yusoff, telah meninggal dunia selepas berada dalam keadaan kritikal dan menjalani prosedur intubasi di hospital.

Anda mungkin berminat dengan

KM Daisy Slim Straight Cut Women Drawstring Pants [P6998]

KM Daisy Slim Straight Cut Women Drawstring Pants [P6998]

[NEW] [medicube official] Kojic Acid Turmeric Vita Jelly Mist Serum

[NEW] [medicube official] Kojic Acid Turmeric Vita Jelly Mist Serum

Women's Thread Elastic Zipper Hooded T-shirt New Solid Irregular Slim Fit Long Sleeve Underlay Fashion Casual Top

Women's Thread Elastic Zipper Hooded T-shirt New Solid Irregular Slim Fit Long Sleeve Underlay Fashion Casual Top

Crush Fashion American Style Side Stripe Summer Thin Paratrooper Pants for Women Loose Wide Leg Straight Street Dance Sports Cargo Pants

Crush Fashion American Style Side Stripe Summer Thin Paratrooper Pants for Women Loose Wide Leg Straight Street Dance Sports Cargo Pants

Maybelline Fit Me Concealer - Oil Free, Natural Coverage, Lightweight Formula with Natural-Looking Coverage for Flawless

Maybelline Fit Me Concealer - Oil Free, Natural Coverage, Lightweight Formula with Natural-Looking Coverage for Flawless

PWR NITRO™ SQD 2 Training Shoes

PWR NITRO™ SQD 2 Training Shoes

Must Watch Video

Advertisement