Skip to main content

Hiburan

Luahan Hati Aina Abdul, Mohon Sokongan Semua - “Saya Tahu Dalam Hidup Ini…”

Luahan Hati Aina Abdul, Mohon Sokongan Semua - “Saya Tahu Dalam Hidup Ini…”

Sekilas

  • Aina Abdul memohon sokongan rakyat Malaysia menjelang pertandingan Eurovision Song Contest Asia 2026 yang akan berlangsung di Bangkok, Thailand pada 14 November ini.
  • Beliau berkongsi pengalaman dan cabaran yang dilalui serta menyeru rakyat Malaysia bersatu memberikan sokongan padu melalui doa dan undian.
  • Lagu terbaharunya, Bluest Sky, mendapat sambutan positif dari peminat tempatan dan antarabangsa, meningkatkan harapan terhadap persembahannya di pertandingan tersebut.
Advertisement


Tinggal beberapa jam sahaja lagi sebelum menjelang Eurovision Song Contest Asia 2026, penyanyi Aina Abdul merayu sokongan daripada seluruh rakyar Malaysia bagi membantu dirinya membawa nama negara di pentas antarabangsa.

Menerusi hantaran di Instagram, Aina mengakui perjalanan menuju pertandingan berprestij itu bukan sesuatu yang mudah apabila terpaksa mengharungi pelbagai cabaran dan dugaan.

Advertisement

Bagaimanapun, penyanyi lagu Terus Hidup itu menyifatkan setiap cabaran yang dilalui memberikan banyak pengajaran serta pengalaman manis buat dirinya.

"Ini mungkin kali pertama saya buat video seperti ini kerana saya tidak pernah meluahkan perasaan di hadapan kamera seperti ini. Tetapi hari ini saya sangat-sangat memerlukan sokongan daripada anda semua. Tak kisahlah anda minat saya atau tidak.

"Saya tahu dalam hidup ini, semua orang akan menyokong kita. Ada yang mungkin pernah dengar saya menyanyi, ada yang tidak pernah dengar dan mungkin ada juga yang tidak tahu siapa Aina Abdul," katanya.

Advertisement

Dalam masa sama, Aina menyeru rakyat Malaysia supaya bersatu memberikan sokongan kepada wakil negara yang bakal berentap di pertandingan berkenaan.

"Jadi, di sini saya nak memanggil anda semua untuk berikan sokongan yang padu kepada saya. Sokongan yang tidak terhingga.

"Kalau saya tak dapat sokongan anda semua, siapa lagi nak sokong saya? Kita rakyat Malaysia kena tolong dan bantu anak jati Malaysia sendiri kerana ada seorang wakil untuk tahun ini.

"Jadi, kita sokonglah anak jati kita sendiri dengan sebaiknya menerusi doa dan sokongan yang tidak putus-putus," ujarnya.

Aina turut meminta orang ramai membantu menyebarkan maklumat mengenai pertandingan tersebut kepada kenalan serta ahli keluarga, termasuk mereka yang berada di luar negara bagi mendapatkan undian.

"Terima kasih kepada Aination yang sanggup datang jauh dari Malaysia ke Bangkok untuk menyokong saya dan tentunya kepada peminat-peminat yang menyokong dari jauh. Saya tahu setiap seorang daripada anda dan saya sangat menghargai usaha untuk memperkenalkan saya di mata dunia.

"Terima kasih juga kepada rakan-rakan artis yang memberikan sokongan terhadap penyertaan saya di Eurovision. Allah sahaja yang mampu membalas jasa anda," katanya lagi.

Terdahulu, Aina melancarkan lagu terbaharunya berjudul Bluest Sky yang bakal dipersembahkan di pentas Eurovision Asia.

Lagu berkenaan bukan sahaja mendapat perhatian peminat di Malaysia, malah turut menerima reaksi positif daripada pendengar muzik antarabangsa.

Lebih menarik, terdapat peminat yang mula menyuarakan keyakinan terhadap kemampuan Aina untuk memberikan persembahan mantap menerusi lagu tersebut, sekali gus meletakkan harapan tinggi terhadap penampilannya di pertandingan berkenaan.

Aina dijadualkan berentap di pentas Eurovision Asia pada 14 November ini di Bangkok, Thailand, dalam usaha mengharumkan nama Malaysia di persada muzik antarabangsa.

Antara negara yang bakal memberikan saingan kepada Malaysia termasuk Thailand, Korea Selatan, Filipina, Vietnam, Kemboja dan Bhutan.

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement