Skip to main content

Hiburan

Luahan Maria Danisha Tular, Abby Abadi Baik-Baik Sahaja - "Elok Je Dia Kat Rumah Ni…"

Astrogempak Maria Danisha (1)

Sekilas

  • Pelakon Abby Abadi beri penjelasan selepas luahan hati anaknya, Maria Danisha, tular di media sosial.
  • Abby menegaskan keadaan keluarga mereka baik dan Maria sendiri memilih untuk tidak berkongsi keputusan SPM kerana tidak dapat 9A.
  • Abby akui kesibukan berniaga menyebabkan dia terlepas pandang beberapa perkara berkaitan anaknya.
Advertisement

Pelakon, Abby Abadi tampil memberi penjelasan selepas tularnya luahan hati anak ketiganya, Maria Danisha Hakim.

Menurut Abby, dia sendiri hanya mengetahui mengenai perkara tersebut selepas dimaklumkan oleh netizen dan menegaskan keadaan di rumah sebenarnya berada dalam keadaan baik.

Advertisement

“Baru sempat tengok, tak ada apa pun. Okay je, duduk sekali kan.

“Elok je dia dekat rumah ni, dia sendiri yang kata tak nak share result SPM sebab tak dapat 9A,” katanya.

Abby berkata demikian selepas namanya menjadi sebutan dalam kalangan wargamaya di media sosial susulan isu berkenaan.

Advertisement

Dalam pada itu, Abby turut mengakui kesibukannya menguruskan perniagaan mungkin menyebabkan dia terlepas pandang beberapa perkara melibatkan anaknya.

“Kebetulan saya pun sibuk berniaga, dia keluar makan dengan kawan-kawan… saya ingatkan solat, balik awal,” ujarnya lagi.

Terdahulu, perkongsian anak ketiga kepada pelakon Abby Abadi dan Norman Hakim iaitu Maria Danisha Hakim di TikTok mengundang pelbagai reaksi wargamaya. 

Menerusi hantaran tersebut, Danisha meluahkan isi hati yang menyentuh perasaan mengenai usaha dan kepedihan yang dipendam tanpa diketahui orang sekeliling.

Luahan itu mendapat perhatian wargamaya yang turut berasa sebak selain mengucapkan tahniah atas keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM.


 

Anda mungkin berminat dengan

TEA ROSES MINI SEJADAH by Telekung Tea | Mini Prayer Mat

TEA ROSES MINI SEJADAH by Telekung Tea | Mini Prayer Mat

MAELY | Tea Basic by Telekung Tea | Telekung Sulam Cotton + Bag + Gift Box | Travel Friendly

MAELY | Tea Basic by Telekung Tea | Telekung Sulam Cotton + Bag + Gift Box | Travel Friendly

ZOE ARISAH Qasine Chiffon Bawal 45

ZOE ARISAH Qasine Chiffon Bawal 45

Tudung Sarung Moscrepe Sarimah Plain Instant READY STOCK SIZE M L

Tudung Sarung Moscrepe Sarimah Plain Instant READY STOCK SIZE M L

Telekung Basic LEORA | Soft Cotton | Telekung Hadiah Gift Box Set | Travel Friendly | Telekungtea

Telekung Basic LEORA | Soft Cotton | Telekung Hadiah Gift Box Set | Travel Friendly | Telekungtea

Zara Awliya |Telekung LAORA Cotton [Free Bag Telekung, Pocket Box & Tote Bag]

Zara Awliya |Telekung LAORA Cotton [Free Bag Telekung, Pocket Box & Tote Bag]

Must Watch Video

Advertisement