Sekilas
- Amyza Aznan berkongsi rasa rindu mendalam terhadap anak sulungnya, Allahyarham Andre Mikhail, yang meninggal dunia lima bulan lalu akibat kanser paru-paru tahap tiga.
- Video yang dimuat naik Amyza di Instagram berlatarbelakangkan lagu Gelombang oleh Salamiah Hassan mendapat reaksi sebak dan sokongan daripada netizen serta rakan selebriti.
- Sementara itu, Amyza turut diuji apabila anak keduanya, Adrian Adam, disahkan menghidap kanser tulang pada awal Februari lalu.
Pelakon, Amyza Aznan menyorot perhatian apabila meluahkan rasa rindu yang teramat sangat terhadap anak sulungnya, Allahyarham Andre Mikhail Khairil Izhar.
Menerusi satu perkongsian di Instagram, Amyza yang memuat naik video berlatarbelakangkan lagu Gelombang nyanyian asal Salamiah Hassan telah membuatkan penonton berasa sebak dan sayu melihat hantarannya itu.
Ujar pelakon drama Andai Tiada Dia itu, dia begitu rindu akan Andre meskipun sudah lima bulan anak kesayangannya itu meninggal dunia.
“Hello, assalammualaikum Andre Mikhail. Dah lima bulan mommy call, text Andre, tapi tak jawab…mommy rindu anak!!!,” tulisnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netiden dan rakan selebriti menzahirkan kata semangat serta mendoakan agar Amyza terus kuat dan tabah.
“Hantar pelukan kepada awak,” tulis penyanyi Nurul Depp.
“Anak hilang depan mata kejap pun teringat bagai nak gila, apatah lagi hilang selamanya.
“Kadang kita memang redha…kita ikhlas…kita terima kenyataan…cuma rindu yang buat kita sedih.
“Betullah sakitnya rindu pada insan yang sudah pergi selamanya,” komen netizen.
Untuk rekod, Andre Mikhail menghembuskan nafas terakhir pada 23 Februari lalu di Hospital Kuala Lumpur selepas disahkan menghidap kanser paru-paru tahap tiga sejak Februari tahun lalu.
Dalam masa sama, Amyza turut diuji apabila anak keduanya, Adrian Adam Kharil Izhar, disahkan menghidap kanser tulang pada awal Februari lalu.
Sumber: Instagram