Skip to main content

Hiburan

Lufya Omar Pernah Depresi Lepas Cerai, Buntu Fikir Masa Depan Anak - “Nak Kembali Berlakon Tapi…”

Menurut Lufya, dia mengalami kemurungan dan peningkatan berat badan kerana menjadikan makanan sebagai salah satu cara untuk mencari kebahagiaan ketika berdepan tekanan selepas perceraian.

Sekilas

  • Lufya Omar berkongsi pengalaman depresinya selepas bercerai dengan Dr. Che Hafiz enam tahun lalu, termasuk peningkatan berat badan akibat tekanan emosi.
  • Selepas perceraian, Lufya fokus membesarkan anak dan memperbaiki diri, namun berdepan dilema apabila tawaran lakonan memerlukan dia menanggalkan hijab.
  • Dia berdoa agar diberi kekuatan dan rezeki halal untuk terus hidup dan membesarkan anak tanpa mengorbankan prinsipnya.
Advertisement

Pelakon dan penyanyi, Lufya Omar berkongsi pengalaman melalui fasa sukar selepas perceraiannya dengan bekas suami, Dr. Che Hafiz, kira-kira enam tahun lalu.

Menurut Lufya, dia mengalami kemurungan dan peningkatan berat badan kerana menjadikan makanan sebagai salah satu cara untuk mencari kebahagiaan ketika berdepan tekanan selepas perceraian.

Advertisement

“Selepas perceraian enam tahun dahulu saya depresi, saya gemuk kerana untuk happy saya makan banyak. Sangat kecewa kerana meninggalkan karier, devoted to previous marriage tapi dibalas dengan kezaliman dan kecurangan. Dunia ini macam rasa dah terbalik.

“Kehidupan yang dijalani tidak seperti yang dicemburui oleh ramai. Tekanan kanan kiri, atas bawah,” katanya.

Dalam tempoh tersebut, bekas peserta Akademi Fantasia itu mengakui memilih untuk mengetepikan soal kerjaya dan kehidupan peribadi, sebaliknya memberi tumpuan kepada usaha memperbaiki diri serta membesarkan anaknya, Laana Haura.

Bagaimanapun, selepas beberapa ketika, Lufya mula menyimpan hasrat untuk kembali aktif dalam bidang lakonan.
Namun, dia berdepan dilema apabila beberapa tawaran yang diterimanya memerlukan dia menanggalkan hijab.

“Saya nak kembali berlakon tapi tawaran yang datang menginginkan saya melepaskan hijab. Saya tertekan dengan keadaan dan kewangan.

“Satu hari saya berdoa pada Allah, jika keputusan melepas hijab ini Kau tidak reda, maka bantulah aku mencari rezeki yang halal.

“Pandai kanlah aku meniaga. Aku nak meniaga apa Ya Allah? Aku tak pandai. Aku pandai nyanyi dan berlakon sahaja.
“Macam mana aku nak besarkan anak aku? Macam mana aku nak teruskan hidup? Aku tak kuat Ya Allah. Tolong Ya Allah, kasi sedikit sahaja kebahagiaan dalam hati aku,” ujarnya.

Berikut perkongsian penuh Lufya di Instagram:



Sekadar info, Lufya Omar mendirikan rumah tangga bersama doktor, Dr. Che Muhammad Hafiz Che Baharum pada 26 November 2016.

Hasil perkahwinan tersebut, pasangan berkenaan dikurniakan seorang anak perempuan, iaitu Laana Haura.

 
Bagaimanapun, rumah tangga mereka tidak bertahan lama apabila pasangan itu disahkan bercerai pada 17 Jun 2020 di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling, Shah Alam.

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Must Watch Video

Advertisement