Skip to main content

Hiburan

“M. Nasir 'Easygoing', Tapi Memang Tegas” – Melinda Dadew

“M. Nasir 'Easygoing', Tapi Memang Tegas” – Melinda Dadew

Sekilas

  • Melinda Dadew anggap peluang berlakon di bawah arahan Datuk M. Nasir dalam Teater Muzikal Mansur & Liu sebagai pengalaman berharga untuk tingkatkan kemahiran nyanyian dan lakonan.
  • Melinda puji Datuk M. Nasir sebagai pengarah yang mudah bekerjasama tetapi tegas ketika latihan, serta banyak memberi tunjuk ajar tentang ekspresi dan teknik nyanyian.
  • Pengalaman teater ini membuka minat Melinda untuk serius dalam bidang lakonan dan dia terbuka menerima tawaran berlakon di televisyen atau projek lain pada masa depan.
Advertisement

Penyanyi Melinda Dadew menyifatkan pengalaman bekerja di bawah arahan maestro tersohor Datuk M. Nasir menerusi Teater Muzikal Mansur & Liu sebagai peluang berharga untuk memperbaiki kemahiran nyanyian dan lakonannya.

Menurut Melinda, sepanjang menjalani latihan, dia banyak menerima tunjuk ajar daripada M. Nasir terutama membabitkan ekspresi, lontaran suara dan teknik nyanyian.

“Saya dapat tip daripada Datuk M. Nasir tetapi sebenarnya lebih banyak daripada Datin Marlia Musa sebab dia memang guru lakonan.

“Daripada Datuk pula lebih kepada ekspresi dan cara nak lontarkan suara. Dari segi nyanyian, kalau dia rasa tak betul, dia akan beri tip.

“Dia kata jangan teriak, lembutkan suara supaya penyampaian Mel itu sampai,” katanya.

Berkongsi mengenai karakter M. Nasir sebagai pengarah, Melinda menyifatkan pelantun lagu Mentera Semerah Padi itu sebagai individu yang mudah bekerjasama namun tetap tegas ketika sesi latihan.

“Sebenarnya Datuk M. Nasir seorang yang ‘easygoing’ dan senang untuk bekerjasama.

“Tapi ketika latihan memang dia sedikit tegas. Kalau dia cakap tegas, memang tegas,” ujarnya.

Tidak menafikan berasa gementar berada di bawah arahan figura yang cukup disegani dalam industri muzik tanah air, Melinda menjadikan perasaan tersebut sebagai pembakar semangat untuk memberikan persembahan terbaik.

“Sudah tentu saya tak boleh tipu tentang perasaan gementar itu.

“Saya akan cuba buat yang terbaik supaya rasa gementar itu hilang. Doakan Mel dan kawan-kawan supaya kami dapat buat yang terbaik nanti,” katanya.

Dalam pada itu, pengalaman menjalani latihan untuk pementasan tersebut turut membuka hati Melinda untuk serius meneroka bidang lakonan selepas ini.

Malah, dia terbuka sekiranya menerima tawaran membintangi drama atau projek televisyen pada masa akan datang.

“Bila saya masuk teater ini, saya rasa macam sudah mula minat dengan lakonan.

“Kalau ada peluang untuk berlakon di televisyen atau mana-mana projek selepas ini, memang Mel nak. Saya sangat terbuka,” ujarnya.

Menerusi Mansur & Liu, Melinda menggalas watak Puteri Liu dan bergandingan dengan Aliff Aziz yang membawa karakter Sultan Mansur Shah.

Pementasan tersebut bakal berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya dari 10 hingga 20 September depan.

Anda mungkin berminat dengan

Luxurious Extra Hold Hair Spray 100ml 420ml (For West Malaysia Only) Travel Mini Hair Spray

Luxurious Extra Hold Hair Spray 100ml 420ml (For West Malaysia Only) Travel Mini Hair Spray

Maybelline Fit Me Concealer - Oil Free, Natural Coverage, Lightweight Formula with Natural-Looking Coverage for Flawless

Maybelline Fit Me Concealer - Oil Free, Natural Coverage, Lightweight Formula with Natural-Looking Coverage for Flawless

TIMEPHORIA Spark 2 in 1 Face Contour Highlighter Cream To Powder Silky Texture Longlasting Waterproof

TIMEPHORIA Spark 2 in 1 Face Contour Highlighter Cream To Powder Silky Texture Longlasting Waterproof

[Centellian24] Madeca Cream Time Reverse Moisturizer Season7 for Total Anti-Aging Solution 50ml

[Centellian24] Madeca Cream Time Reverse Moisturizer Season7 for Total Anti-Aging Solution 50ml

SHEGLAM Pore Face Primer Poreless Oil-Control

SHEGLAM Pore Face Primer Poreless Oil-Control

Charlotte Tilbury Airbrush Flawless Setting Spr-ay [100ml x1 / x2, 200ml x1, 34ml x2, Matte 100ml]

Charlotte Tilbury Airbrush Flawless Setting Spr-ay [100ml x1 / x2, 200ml x1, 34ml x2, Matte 100ml]

Must Watch Video

Advertisement