Skip to main content
Advertisement

Hiburan

M. Nasir Rai 5 Dekad Dalam Industri Menerusi ‘Magnum Opus: M. Nasir Dekad Ke-5’, Bakal Gegar Istana Budaya Disember Ini

M. Nasir Rai 5 Dekad Dalam Industri Menerusi ‘Magnum Opus: M. Nasir Dekad Ke-5’, Bakal Gegar Istana Budaya Disember Ini

Sekilas

  • Datuk M. Nasir akan mengadakan konsert "Magnum Opus: M. Nasir Dekad Ke-5" pada 5 Disember di Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur.
  • Konsert ini menampilkan 30 karya ikonik beliau yang akan dipersembahkan bersama Orkestra Simfoni Kebangsaan dengan susunan muzik oleh Mohd Rafi Shafie.
  • Tiket dijual mulai 21 Ogos 2026 dengan harga bermula RM288 hingga RM1,588 melalui laman ilassotickets.com.
Advertisement

Maestro muzik terkenal, Datuk M. Nasir bakal meraikan lima dekad perjalanan seninya dengan menganjurkan konsert “Magnum Opus: M. Nasir Dekad Ke-5”.

Konsert yang berlangsung pada 5 Disember depan itu bakal berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur itu bakal menampilkan sebanyak 30 karya ikonik M. Nasir.

Advertisement

Lebih istimewa, M. Nasir akan bergabung dengan Orkestra Simfoni Kebangsaan (OSK) pimpinan Eric Lee Yin Fah bagi menjayakan persembahan tersebut.

Susunan simfoni untuk karya-karya berkenaan pula dikendalikan oleh pengarah muzik, Mohd Rafi Shafie yang sebelum ini turut terlibat dalam beberapa produksi dan persembahan M. Nasir.

Konsert ini akan membawa penonton menelusuri karya M. Nasir sepanjang lima dekad, termasuk lagu-lagu yang mewakili pelbagai fasa perjalanan seninya sebagai penyanyi, komposer, penulis lirik dan penerbit.

Dari segi persembahan, konsep “Magnum Opus: M. Nasir Dekad Ke-5” turut mengangkat elemen surrealisme, falsafah dan simbolisme yang sinonim dengan karya serta karakter seni M. Nasir.

Konsert ini diarahkan dari sudut konsert dan artistik oleh Shabromo, manakala Keon Omar bertindak sebagai Penerbit Eksekutif.

“Magnum Opus: M. Nasir Dekad Ke-5” mendapat insentif Dana Kandungan Kreatif – Persembahan Muzik daripada MyCreative Ventures dengan Istana Budaya sebagai Rakan Strategik.

Tiket mula dijual pada 21 Ogos 2026 menerusi laman sesawang ilassotickets.com dengan harga bermula RM288 hingga RM1,588 mengikut kategori tempat duduk.

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement