Skip to main content

Hiburan

“Maaf Jika Aku Tidak Seperti Artis-Artis Lain” - Fieya Julia

Astro Gempak 410

Sekilas

  • Fieya Julia memohon maaf jika imejnya tidak memenuhi jangkaan tipikal seorang artis dan menegaskan dia hanya mahu menjadi diri sendiri.
  • Dia berterima kasih kepada peminat yang terus menyokong walaupun dia mengakui tidak selalu mampu menghiburkan.
  • Semua foto dalam akaun Instagram Fieya Julia telah dipadam, menurut tinjauan di platform Gempak.
Advertisement

Penyanyi Fieya Julia tampil memohon maaf sekiranya dirinya tidak memenuhi jangkaan segelintir pihak yang mengharapkan imej tipikal seorang artis.

Menerusi perkongsian di Instagram Story, Fieya meluahkan bahawa dia hanya mahu menjadi diri sendiri tanpa perlu berpura-pura demi memenuhi kehendak orang lain.

Advertisement

“Maaf, jika aku tidak seperti artis-artis lain. Mengupload sesuatu yang mungkin akan membuatkan orang yang melihatku seperti tiada ‘value’ sebagai seorang artis.

“Aku hanya manusia biasa, yang ingin hidup seperti manusia biasa yang ingin menjadi dirinya sendiri dan lakukan apa pun untuk bahagiakan diri sendiri,” katanya.

dfg

Dalam masa sama, Fieya turut berterima kasih kepada peminat yang masih setia menyokong perjalanan seninya meskipun dia mengakui tidak sentiasa mampu menghiburkan.

“Terima kasih, walaupun aku kadang mungkin kurang menghiburkan kalian dan kelakuanku kurang menarik untuk kalian, kalian tetap tidak berhenti bersamaku.

“Terima kasih kerana menjadi pendengar setia semua karyaku dan laguku. Aku sangat menghargai kehadiran kalian,” ujarnya.

Sementara itu, menerusi tinjauan di platform Gempak, semua foto dalam akaun Instagram miliknya didapati telah dipadam. 

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Must Watch Video

Advertisement