Skip to main content

Hiburan

“Maaf Sebab Buat Prank…” - Leona

Leona

Selepas menyorot perhatian netizen dengan memakai busana perkahwinan, personaliti media sosial, Kasih Iris Leona tampil membuat permohonan maaf. 

Menerusi hantaran di Instagram Stories, Leona memohon maaf kerana membuat gurauan sebegitu. 

“Maaf sebab buat prank,” kata Leona. 

Terdahulu, Leona menyorot perhatian netizen selepas berkongsi gambar mengenakan busana pengantin.

Mengayakan busana berwarna putih, Leona juga dilihat berada disebuah majlis perkahwinan yang bertemakan 'garden'.

Sebelum ini, Leona juga merasakan sudah tiba masa untuk dirinya mendirikan rumah tangga.

Leona yang pernah meluahkan keinginan untuk bergelar isteri tahun lalu berkata, dia berasa cemburu melihat kebanyakkan rakannya sudah mendirikan rumah tangga.

Must-Watch Video

Advertisement