Sekilas
- Pelakon dan aktivis kemanusiaan Hazwani Helmi memohon maaf selepas dikecam kerana menggunakan telefon pintar iPhone edisi terbaharu.
- Hazwani menerima segala teguran dengan hati terbuka dan berjanji akan mengambil nasihat yang diberikan.
- Dia menjelaskan telefon tersebut adalah hadiah dan bukan dibeli sendiri, susulan dakwaan kaitan dengan sumbangan dana kepada Israel.
Pelakon dan aktivis kemanusiaan, Hazwani Helmi tampil membuat permohonan maaf dipercayai susulan dirinya dikecam hebat kerana menggunakan telefon pintar jenis iPhone edisi terbaharu.
Menerusi Threads, Hazwani memaklumkan dia menerima segala teguran dengan hati yang lapang dan terbuka.
“Maafkan kami. Kami terima dgn hati yg lapang dan meraikan nasihat yg baik inshaAllah. Doakan kami,” kongsinya.
Terdahulu, aksi Hazwani merakam video ketika malam kemuncak ABP37 mencuri perhatian ramai apabila warganet mempersoalkan penggunaan telefon pintar iPhone oleh aktivis Global Sumud Flotilla itu, yang didakwa mempunyai kaitan dengan sumbangan dana kepada pihak Israel.
Hazwani kemudiannya menjelaskan bahawa telefon pintar itu tidak dibeli sebaliknya adalah pemberian orang kepadanya.
Sumber: Threads