Sekilas
- Pelawak Ali Puteh dan rakan seperjuangannya, Mamak Puteh, sentiasa memaklumkan bayaran yang diterima antara satu sama lain.
- Ali enggan mengulas tentang bayaran pelawak lain kerana ia adalah hak individu masing-masing.
- Mereka berkongsi bayaran jika mendapat lebih dan memastikan tiada masalah kerana masing-masing ada komitmen keluarga.
Pelawak Ali Puteh memberitahu dia dan rakan seperjuangannya, Mamak Puteh sentiasa memaklumkan satu sama lain mengenai bayaran yang diterima.
Bagaimanapun Ali enggan menyentuh isu pelawak lain dan berpendapat perkara seperti itu merupakan hak individu.
“Pertama dulu saya tak nak menyentuh kawan-kawan saya yang lain, sebab mereka abang, adik dan rakan seangkatan dengan saya.
“Macam saya dengan team saya iaitu Mamak, memang kita declare sama-sama dari dulu. Itu kau dapat itulah aku dapat. Sebab kita satu kumpulan.
“Apa-apa pun, ia bergantung kepada hak individu masing-masing. Merekalah yang menentukan mereka punya bayaran dan perlu uruskan sebaik mungkin,” katanya kepada Gempak.
Dalam pada itu, Ali juga memberitahu dia dan Mamak akan berkongsi jumlah bayaran jika mendapat lebih.
“Kalau saya dengan Mamak, kita pernah dapat lebih pun, tapi kita dah declare awal-awal. Contoh job daripada Mamak, dia akan lebih sikit. Job daripada saya, saya lebih sikit.
“So takkan jadi isu benda tu. Tapi masing-masing beritahulah. Kita tak nak jadi masalah sebab masing-masing ada keluarga yang perlu disara dan komitmen perlu dibayar,” ujarnya.