Skip to main content
Advertisement

Hollywood

Madonna Kritik AI, Dakwa Bunuh Nilai Seni Sebenar

ASTRO GEMPAK madonna (1)

Sekilas

  • Madonna menyifatkan penggunaan kecerdasan buatan (AI) dalam seni bertentangan dengan keikhlasan penghasilan karya seni.
  • Beliau menegaskan populariti media sosial kini menjadi ukuran utama dalam industri muzik, berbeza dengan zaman dahulu yang lebih fokus pada kreativiti dan risiko.
  • Madonna gemar menjauhkan diri daripada teknologi dan media sosial untuk mendapatkan ketenangan dan inspirasi dalam menghasilkan muzik baharu.
Advertisement

Pada saat ramai karyawan seni dunia mula meneroka penggunaan kecerdasan buatan (AI) dalam hasil kerja, penyanyi legenda Madonna menyifatkan kebergantungan terhadap AI bertentangan dengan penghasilan seni.

Kenyataan tersebut diberikan Madonna dałam temu bual bersama majalah Vogue Italia.

Advertisement

"Dulu kita berkumpul bersama pelukis, pemuzik, penari dan pengkarya di satu tempat, masing-masing berkarya dengan keikhlasan demi seni. Saya sangat menghargai pengalaman itu.

Menurut Madonna, keadaan kini sudah jauh berbeza apabila populariti di media sosial menjadi ukuran utama untuk berjaya dalam industri muzik.

"Sekarang, kalau mahu dapat kontrak rakaman pun, orang akan tengok berapa ramai pengikut (followers) yang kita ada. Sebab itu dalam lagu Bring Your Love saya menyanyikan, 'Jangan cuba mengalih perhatian saya dengan angka.'

“Bagi saya, sejak awal lagi saya tidak pernah terlalu memikirkan kedudukan carta atau jumlah penstriman. Algoritma dan kecerdasan buatan membuatkan orang takut mengambil risiko sedangkan bagi saya, itulah yang bertentangan dengan seni,” katanya.

Advertisement

Penyanyi berusia 67 tahun itu juga mendedahkan dia gemar menjauhkan diri daripada teknologi dan gangguan media sosial setiap kali mahu mendapatkan inspirasi untuk menghasilkan muzik baharu.

“Saya agak sibuk sejak kebelakangan ini. Saya sibuk dengan album dan pelbagai perkara lain. Jadi saya ambil masa berehat dan ‘menghilangkan diri’ dan di sinilah imaginasi akan hidup semula.

"Kita perlukan ketenangan. Ada hari-hari tertentu saya hanya mahu mendekatkan diri dengan alam semula jadi, anak-anak dan juga kuda-kuda saya," katanya lagi.

Ini bukan kali pertama Madonna menyuarakan pendiriannya mengenai teknologi. Ketika sesi soal jawab sempena tayangan perdana filem dokumentarinya, Confessions II – The Film, beliau pernah menyifatkan media sosial telah mewujudkan keperluan berterusan untuk merakam setiap detik kehidupan.

Malah, Madonna turut menggesa peminat yang hadir supaya mengetepikan telefon bimbit mereka dan benar-benar berhubung antara satu sama lain.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Germany 26 Home Jersey Men White KD8363

adidas Football Germany 26 Home Jersey Men White KD8363

70mai A800SE Dashcam 4K Resolution + HDR | Built-in GPS & ADAS | Supercapacitor | Dual-Channel | App Control

70mai A800SE Dashcam 4K Resolution + HDR | Built-in GPS & ADAS | Supercapacitor | Dual-Channel | App Control

adidas Lifestyle adidas Rekive Tee Men Black HZ0747

adidas Lifestyle adidas Rekive Tee Men Black HZ0747

adidas Football Arsenal 25/26 Home Authentic Jersey Men Red JI9516

adidas Football Arsenal 25/26 Home Authentic Jersey Men Red JI9516

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

Must Watch Video

Advertisement