Skip to main content

Filem

Magik Rompak Macam Now You See Me? Penonton Kata Tonton Dulu, Ada Keunikan Tersendiri

Magik Rompak

Filem Magik Rompak arahan Adrian Teh mula menarik perhatian ramai selepas trailer tersebut dilancarkan. 

Di sosial media ada yang terus melabelkannya sebagai filem versi Malaysia untuk sebuah filem popular antarabangsa iaitu Now You See Me hanya kerana menggabungkan elemen magik dan rompakan.

Namun, seorang pengguna media sosial iaitu Wawaaaa Belle kagum dengan penghasilan filem tersebut. 

Menurutnya, meskipu membawa tema yang sama secara keseluruhan Magik Rompak mempunyai identitinya yang tersendiri. 


“Sejujurnya, saya faham kenapa orang cakap macam tu sebab tema dia main dengan elemen magic dan rompakan. Tapi selepas tengok sendiri, saya rasa walaupun ada persamaan di permukaan, keseluruhan plot dia tak sama langsung.

“Magik Rompak ada identiti dia sendiri,” katanya. 


Lebih Dari Sekadar Filem Heist

Menurutnya lagi, Magik Rompak bukanlah sekadar cuba meniru gaya filem luar, sebaliknya berjaya berdiri dengan keunikan tersendiri.

Advertisement

Kekuatan utama filem ini terletak pada gabungan elemen aksi, helah silap mata, serta jalan cerita yang penuh plot twist menjadikannya karya yang segar dalam landskap perfileman Malaysia.

“Kesimpulannya, Magik Rompak bukan sekadar cuba jadi macam filem luar, tapi satu usaha yang berjaya tunjukkan standard baru untuk filem aksi-heist Malaysia dengan twist magic. Saya rasa worth untuk support dan tonton sendiri di pawagam,” katanya.

Dibarisi pelakon hebat seperti Sharnaaz Ahmad, Zul Ariffin, Amelia Anderson, dan Nadhir Nasar, filem ini bukan sahaja mengangkat genre aksi rompakan, tetapi turut diselitkan dengan elemen tempatan yang memberi warna berbeza berbanding filem luar.

Filem Magik Rompak akan mula ditayangkan bermula 11 September 2025. 

Must-Watch Video