Skip to main content

Rancangan Realiti

Mahkota Dewi Remaja 2025 Menjadi Milik Nylea!

Dewi Remaja 2025 Nylea

Sekilas

  • Nylea dinobatkan sebagai juara Dewi Remaja 2025 dan menerima mahkota, selempang, trofi serta wang tunai RM15,000.
  • Naib juara ialah Nelysa Kay, manakala Dheper dan Marisa masing-masing menduduki tempat ketiga dan keempat dengan hadiah wang tunai dan trofi.
  • Finale diadakan di MDMT Ballroom, Kuala Lumpur, dengan kehadiran finalis, selebriti dan penganjur sambutan ulang tahun ke-40 Dewi Remaja.

Dewi Remaja 2025 akhirnya melabuhkan tirai dengan menyaksikan Nylea dinobatkan sebagai Dewi Remaja edisi kali ini.

Nylea mencerminkan mencerminkan generasi yang moden, pintar, beridentiti kuat dan memiliki aura ikon masa depan.

Sebagai juara, Nylea menerima mahkota Dewi Remaja bersama selempang, trofi dan wang tunai RM15,000 sebagai simbol pengiktirafan atas segala kerja keras dan dedikasinya.

Manakala Naib Juara pula menjadi milik Nelysa Kay sekaligus membawa pulang wang tunai RM10,000, selempang beserta trofi.

Tempat ketiga dinobatkan kepada Dheper dan membawa pulang wang tunai RM5,000, selempang beserta trofi.

Sementara Marisa pula berada di tempat keempat dan menerima wang tunai RM2,000 selempang beserta trofi.

Dalam pada itu, Elisa Chew diumumkan sebagai penerima Anugerah Khas iaitu Anugerah Dewi Persahabatan manakala Dewi Favourite menjadi milik Sharmaine.

Pengiktirafan yang diberikan itu mencerminkan hubungan, sokongan dan daya tarikan penonton sepanjang musim.

Lebih istimewa lagi, pemenang Dewi Remaja 2023, Nurel Baharin hadir memakaikan mahkota kemenangan dan selempang juara kepada Nylea.

Finale Dewi Remaja 2025 menyaksikan keenam-enam finalis mengangkat persembahan yang benar-benar seimbang dari sudut mutu, disiplin dan penghayatan.

Keenam-enam finalis diadili oleh juri tetap iaitu pelakon, Scha Alyahya, Kamal Adli dan Nabila Huda.

Selepas selesai kesemua persembahan Top 6 Dewi Remaja 2025, keputusan menyingkirkan dua finalis telah dibuat dengan 4 yang teratas mara ke pusingan Question & Answer meninggalkan Dewi Suhaila dan Dewi Ariana tersungkur saat selangkah sahaja untuk ke pusingan penentuan juara.

Sesi Q&A menjadi taruhan terakhir buat Top 4 dan paparan dimensi pemikiran para finalis yang tidak kalah pentingnya daripada bakat pentas membuktikan Dewi Remaja masih relevan dalam usaha mengangkat mereka yang berpotensi menjadi ikon remaja Malaysia.

Malam finale Dewi Remaja 2025 turut diraikan secara besar-besaran dengan penganjuran Watch Party eksklusif bersempena sambutan ulang tahun ke-40 Dewi Remaja.

Berlangsung di MDMT Ballroom, Datum Jelatek Kuala Lumpur, acara tersebutbukan sahaja dihadiri oleh kesemua 12 finalis musim ini, malah dipenuhi wajah-wajah besar yang pernah mencipta sejarah bersama Dewi Remaja dan Hero Remaja sejak edisi pertama.

Nama-nama seperti Aleeza Kassim, Kuza, Syatilla Melvin, Arena Wan, Pushpa Narayan, Harris Annuar, Myra Natasya dan ramai lagi hadir menambahkan keelokan nostalgia dan memperkuatkan mesej kesinambungan legasi.

Must-Watch Video

Advertisement