Skip to main content

Filem

Mahu Aksi Nampak Betul-Betul Real, Irfan Zaini Buat Banyak Stunt Sendiri Dalam TERBANG

Mahu Aksi Nampak Betul-Betul Real, Irfan Zaini Buat Banyak Stunt Sendiri Dalam TERBANG

Sekilas

  • Pelakon Irfan Zaini melakukan banyak aksi lagak ngeri sendiri dalam filem TERBANG, termasuk memandu kereta rali sebenar milik legenda Karamjit Singh.
  • Pengarah Chiu Keng Guan memilih untuk menggunakan aksi sebenar tanpa CGI supaya babak kelihatan lebih autentik dan realistik.
  • Filem TERBANG yang diinspirasikan daripada perjalanan Karamjit akan ditayangkan di pawagam mulai 17 September depan.
Advertisement

Pelakon Irfan Zaini mendedahkan banyak aksi lagak ngeri dalam filem TERBANG dilakukan sendiri termasuk memandu kereta rali sebenar yang pernah digunakan legenda negara, Karamjit Singh.

Menurut Irfan, produksi pada awalnya merancang untuk merakam beberapa babak di studio dengan bantuan imej janaan komputer (CGI), namun pengarah Chiu Keng Guan mahu aksi tersebut kelihatan lebih autentik.

Advertisement

“Banyak yang kami buat sendiri. Kalau perasan dalam trailer atau teaser, banyak shot saya bawa kereta itu memang saya yang bawa.

“Pada awalnya kami rancang nak shoot dalam studio dan beberapa babak mungkin guna CGI. Tapi pengarah rasa kalau guna CGI, ia tak rasa betul,” katanya.

Tambahnya, keputusan melakukan sebanyak mungkin babak secara nyata dibuat kerana percaya penonton hari ini mampu membezakan antara aksi sebenar dengan kesan visual.

“Audiens kita pandai, mereka tahu bila CGI atau betul-betul real. Jadi kami tak nak bodohkan audiens.

“Kalau boleh semua babak kami cuba jadikan betul-betul real. Sebab itu saya kena jalani latihan rali dan belajar setiap ciri kereta,” ujarnya.

Cabaran lebih besar buat Irfan apabila kereta yang digunakan dalam filem tersebut merupakan jentera sebenar yang pernah dipandu Karamjit ketika berlumba sekitar era 2000-an.

“Kereta itu dah lama dan teknologinya juga lama. Cara membawanya lebih susah berbanding kereta rali baharu yang teknologinya sudah berkembang.

“Disebabkan kereta itu dari sekitar 2002, saya kena belajar cara memandunya dengan sistem teknikal manual lama. Itu agak susah,” katanya.

TERBANG merupakan filem arahan Chiu Keng Guan yang diinspirasikan daripada perjalanan Karamjit dan bakal menemui penonton di pawagam pada 17 September depan.
 

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Manchester United 24/25 Third Jersey Men White IY7806

adidas Football Manchester United 24/25 Third Jersey Men White IY7806

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY BACKPACK Unisex Blue KA9881

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY BACKPACK Unisex Blue KA9881

Stoned World Cup Series : Germany

Stoned World Cup Series : Germany

Mofusand x Sanrio Family Plush Mini Keychain - Cute Gift

Mofusand x Sanrio Family Plush Mini Keychain - Cute Gift

SUOMY EXCLUSIVE CAP PECCO BAGNAIA MOTOGP 2024 - RED

SUOMY EXCLUSIVE CAP PECCO BAGNAIA MOTOGP 2024 - RED

POH KONG 999.9/24K Thank You Gold Wafer Coin

POH KONG 999.9/24K Thank You Gold Wafer Coin

Must Watch Video

Advertisement