Skip to main content

Hiburan

Mahu Bersihkan Nama, Bekas Suami Zahnita Wilson Tunjuk Bukti Dapat Hak Penjagaan Kesemua Anak - “Dia Tinggalkan…”

Zahnita Wilson

Sekilas

  • Abdul Zackery Ghouse kini memperoleh hak penjagaan kekal terhadap kesemua anaknya selepas persetujuan bekas isteri dan keputusan mahkamah.
  • Zackery berkongsi kenyataan ini untuk membersihkan nama dan menepis fitnah serta dakwaan keganasan rumah tangga yang pernah dilemparkan kepadanya.
  • Beliau berharap keputusan mahkamah ini dapat menamatkan segala salah faham dan memberi tumpuan kepada pendidikan serta kesejahteraan anak-anak.
Advertisement

Bekas suami kepada pelakon dan model, Zahnita Wilson iaitu Abdul Zackery Ghouse memaklumkan bahawa dia kini memperoleh hak penjagaan kekal terhadap kesemua anak-anaknya menerusi satu perkongsian di Instagram.

Dakwa Zackery, keputusan itu juga merupakan hasil persetujuan yang diberikan bekas isterinya menerusi prosiding mahkamah.

Advertisement

Tambah Zackery, perkongsian itu dibuat adalah bertujuan untuk membersihkan nama baik serta menepis salah faham dan fitnah yang pernah dilemparkan terhadapnya.

“Saya menulis kenyataan ini bagi membersihkan nama serta menamatkan segala salah faham dan fitnah yang pernah dilemparkan terhadap saya.

“Untuk pengetahuan semua, memandangkan saya sering diajukan soalan mengenai perkara ini, saya dan bekas isteri telah sah bercerai hampir setahun yang lalu. Sebagai penjelasan, perceraian kami telah dimuktamadkan pada Ogos tahun lalu,” kongsinya.

Dalam pada itu, Zackery turut mendakwa bahawa bekas isterinya telah menyerahkan kesemua anak mereka kepadanya ketika sambutan Aidilfitri lalu.

“Berhubung perkongsian ini, bekas isteri telah meninggalkan anak-anak bersama saya ketika sambutan Aidilfitri yang lalu. Selepas kejadian itu, secara rasmi dia menyerahkan hak penjagaan anak-anak kepada saya melalui prosiding di mahkamah.

“Bersama kenyataan ini, saya sertakan hak penjagaan kekal dan sepenuhnya diberikan kepada saya selepas dia sukarela menyerahkan serta melepaskan hak penjagaan tersebut,” tambahnya.

Sementara itu, Zackery meluahkan rasa syukur atas amanah yang diberikan ini dan berharap keputusan mahkamah itu dapat menghentikan segala persepsi dan dakwaan tidak benar terhadapnya.

“Alhamdulillah, kini kesemua anak saya berada di bawah jagaan penuh saya. Saya berharap bukti hitam putih daripada mahkamah ini dapat menamatkan segala dakwaan dan naratif tidak benar yang sebelum ini cuba mencemarkan reputasi saya sebagai seorang bapa dan suami. Hakikat yang sebenar telah pun diputuskan melalui saluran undang-undang.

“Selepas ini, tumpuan utama saya adalah untuk memastikan anak-anak mendapat pendidikan yang terbaik, kehidupan yang selamat dan selesa, di samping membina kehidupan yang lebih baik serta tenang untuk diri sendiri.

“Terima kasih kepada semua yang sentiasa mengetahui perkara sebenar dan terus memberikan sokongan kepada saya.

“Kenyataan ini tidak bertujuan menyerang, memprovokasi atau menyasarkan mana-mana individu. Ia dibuat semata-mata bagi menjelaskan fakta, melindungi reputasi saya serta menutup isu ini dengan penuh hormat,” kongsinya lagi.

Terdahulu, Zackery menafikan dakwaan kononnya pernah bertindak kasar dan memukul bekas isterinya sebaliknya mendakwa tindakannya itu hanyalah untuk mempertahankan diri daripada perlakuan ganas yang dilakukan pelakon filem Kuliah Cinta itu.

Bukan itu sahaja, Zackery turut mendakwa bahawa dirinya merupakan mangsa sebenar keganasan rumah tangga sepanjang perkahwinannya dengan Zahnita.

Tambahnya lagi, sepanjang hampir 20 tahun hidup bersama, dia juga terpaksa berdepan dengan sikap Zahnita yang didakwa sering meminta untuk diceraikan.

Sumber: Instagram

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement