Sekilas
- Pelakon dan penyanyi Abdul Fattah Mohd Amin bercadang membina sebuah masjid atau surau sebagai saham akhirat untuk dirinya dan keluarga.
- Fattah mahu mendahulukan pembinaan masjid sebelum merancang memiliki kedai atau pusat membeli-belah.
- Masjid yang bakal dibina akan dinamakan Masjid Jarir Umar Al-Fattah dan beliau berharap mendapat sokongan serta doa untuk merealisasikannya.
Pelakon dan penyanyi, menyorot perhatian apabila meluahkan hasrat untuk membina sebuah surau atau masjid sebagai satu bentuk saham akhirat buatnya dan keluarga.
Menerusi satu sesi siaran langsung yang dibuat, Fattah atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd Amin memaklumkan bahawa dia mahu membina sebuah masjid terlebih dahulu sebelum melakukan beberapa lagi perancangan lain seperti memiliki kedai mahupun pusat membeli-belah.
“Memang kita ada impian. Tapi sebelum ada kedai atau mall, saya nak ada masjid dulu. Itu saham akhirat,” kongsinya.
Tambah Fattah, dia sangat mengimpikan untuk mempunyai masjid yang dibinanya sendiri kerana ganjarannya akan terus mengalir meskipun mereka sudah tiada.
“Kita dengar orang yang ada surau, ada masjid. Bila ada masjid ni kita rasa macam, ‘bestnya’. Sebab kalau dia meninggal, selagi orang guna sebab dia infaqkan masjid tu, pahala dia berjalan.
“Baik saya niat ada nak ada masjid dengan surau sendiri. Daripada saya niat nak ada mall sendiri, mall tu kedua ketiga lah. Pertama sekali saya niat nak ada masjid dengan surau sendiri,” kongsinya lagi.
Berkongsi lanjut, pelakon filem KL Special Force ini turut berkongsi bahawa dia bercadang mahu menamakan rumah ibadah yang bakal dibinanya itu sebagai Masjid Jarir Umar Al-Fattah.
“Doakan cukup duit, kita nak buat masjid surau. Kita nak namakan Masjid Jarir Umar Al-Fattah,” ujarnya.
Sumber: TikTok