Sekilas
- Sir Brian mengumumkan dia tidak lagi menjadi pengurus penyanyi Big Stage, Hussain, untuk memberi fokus kepada kerjaya sepenuh masa.
- Segala urusan berkaitan persembahan dan jadual Hussain kini boleh dirujuk kepada pengurus baru atau Mak Yang.
- Sir Brian mengucapkan terima kasih atas sokongan sepanjang tempoh pengurusan dan berharap peminat terus menyokong Hussain.
Bekas pengurus bintang Big Stage Rocketfuel, Hussain yang dikenali sebagai Sir Brian menyorot perhatian apabila mengumumkan bahawa dia tidak lagi akan mengurus penyanyi tersebut selepas memilih untuk memberi tumpuan kepada kerjayanya.
Menerusi ciapan di Threads, Sir Brian memaklumkan bahawa segala urusan berkaitan persembahan dan jadual kerja Hussain boleh dirujuk kepada pengurusnya yang baharu.
“Assalamualaikum. Saya ingin memaklumkan kepada semua bahawa saya tidak lagi bersama Hussain kerana saya telah membuat keputusan untuk memberi fokus kepada kerjaya sepenuh masa.
“Untuk sebarang pertanyaan atau urusan berkaitan persembahan Hussain, boleh hubungi pihak pengurusan Hussain atau Mak Yang selaku pengurusnya,” tulisnya.
Mengimbas kembali perjalanan bersama Hussain, Sir Brian turut menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang memberikan sokongan dan kepercayaan kepadanya sepanjang tempoh tersebut.
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua atas segala sokongan, kepercayaan dan kebaikan yang diberikan sepanjang perjalanan saya bersama pasukan Hussain
“Saya amat menghargai setiap detik dan kenangan yang telah kita lalui bersama. Teruskan menyokong Hussain dan seluruh pasukan. Semoga Allah SWT sentiasa memberkati dan melindungi anda semua,” ujarnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Brian kerana telah menjaga Hussain sepanjang penglibatannya dalam dunia seni.
Sumber: Threads