Skip to main content

Berita Tempatan

Mahu ‘Rebut Hati’ Gen Z, Precious Of Malaysia Idam Wani Kayrie Gegarkan Pentas Final

Mahu ‘Rebut Hati’ Gen Z, Precious Of Malaysia Idam Wani Kayrie Gegarkan Pentas Final

Sekilas

  • Wani Kayrie diimpikan untuk membuat persembahan dan menggayakan busana rekaan FM Group di pentas final Precious of Malaysia Citraloka 2026.
  • Farel Mikhail dan Jonathan Kok memilih Wani kerana karakter dan imejnya yang sesuai untuk mendekatkan budaya serta fesyen tempatan dengan generasi muda.
  • Kolaborasi ini diharap dapat membuka peluang kepada pereka tempatan dan menyampaikan mesej warisan Malaysia dengan cara lebih segar dan mudah diterima.
Advertisement

Penyanyi Wani Kayrie menjadi antara figura yang diimpikan FM Group untuk memeriahkan pentas final Precious of Malaysia Citraloka 2026 yang bakal berlangsung September ini.

Bukan sekadar membuat persembahan, pengasas FM Group yang juga pereka fesyen, Farel Mikhail bersama Pengerusi Program, Jonathan Kok turut berharap Wani dapat menggayakan busana rekaan mereka sekiranya kolaborasi tersebut menjadi kenyataan.

Advertisement

Menurut Farel, pemilihan Wani bukan semata-mata kerana popularitinya, sebaliknya karakter dan imej penyanyi berkenaan dilihat sesuai dengan konsep Precious of Malaysia yang mahu mendekatkan budaya serta fesyen tempatan dengan generasi muda.

“Kalau ditanya, kami mengimpikan Wani Kayrie tampil membuat persembahan di pentas final program Precious of Malaysia.

“Kalau ada rezeki, lebih istimewa jika beliau sudi mengenakan busana rekaan kami,” kata Farel.

Advertisement

Malah, mereka turut mengakui meminati lagu popular Wani, ‘Cak Cak Cekuk’.

“Dalam masa yang sama, kami akui cukup meminati lagu Cak Cak Cekuk nyanyian Wani Kayrie.

“Selain itu, kami melihat karakter dan imej Wani juga sesuai dengan konsep yang mahu diketengahkan dalam Precious of Malaysia,” ujarnya.

Bagi mereka, kehadiran figura muda seperti Wani mampu menjadi jambatan yang menghubungkan budaya, fesyen dan generasi baharu.

Pengaruh muzik dan fesyen dalam membentuk trend serta gaya hidup anak muda turut dilihat sebagai peluang untuk menjadikan elemen warisan lebih dekat dan mudah diterima.

Malah, kolaborasi sedemikian berpotensi membuka ruang kepada pereka tempatan untuk mengetengahkan rekaan berteraskan elemen tradisional dalam gaya lebih kontemporari.

Sementara itu, Jonathan berkata kerjasama antara artis, pereka fesyen dan penggiat budaya mampu membawa mesej mengenai warisan Malaysia dengan pendekatan lebih segar.

“Kita percaya apabila artis, pereka fesyen dan penggiat budaya bergabung, mesej mengenai warisan Malaysia dapat disampaikan dengan cara yang lebih segar, dekat dan mudah diterima generasi muda.

“Jika perancangan dan impian itu menjadi kenyataan, ia bukan sahaja memberi nilai kepada Precious of Malaysia, malah membuka peluang untuk memperkenalkan rekaan tempatan kepada peminat Wani dan khalayak lebih luas.

“Sekaligus, kita berharap lebih ramai artis muda selepas ini berani membawa elemen budaya Malaysia dalam karya, muzik dan penampilan mereka,” katanya.

Antara gambaran yang diimpikan mereka adalah melihat Wani menyampaikan ‘Cak Cak Cekuk’ sambil mengenakan busana rekaan Farel dan Jonathan di pentas Precious of Malaysia.

Precious of Malaysia Citraloka 2026 bakal berlangsung dari 11 hingga 16 September 2026 di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur.

Anda mungkin berminat dengan

KM Eloura Straight Cut Loose Style Women Pants [P5452]

KM Eloura Straight Cut Loose Style Women Pants [P5452]

French retro resort style ice silk linen cotton sunscreen shirt women's summer pony embroidery with air conditioning doll cardigan top

French retro resort style ice silk linen cotton sunscreen shirt women's summer pony embroidery with air conditioning doll cardigan top

Nike Men's Air Monarch IV Training Shoes - White [415445-102]

Nike Men's Air Monarch IV Training Shoes - White [415445-102]

Wool and Silk Warm Thermal Wear Set for Women Men Heat Tech Inner Wear Fleece Long John Autumn Winter Thermal Underwear Cashmere Top and Pants

Wool and Silk Warm Thermal Wear Set for Women Men Heat Tech Inner Wear Fleece Long John Autumn Winter Thermal Underwear Cashmere Top and Pants

MIG Premium 200gsm Technology Cotton Comfortable Round Neck Lengen Pendek Oversized Plain T shirt

MIG Premium 200gsm Technology Cotton Comfortable Round Neck Lengen Pendek Oversized Plain T shirt

MU BAJU PAGODA T-SHIRT 406#/PAGODA T-SHIRT BUTTON 402#/PAGODA SINGLET 401#/PAGODA ZIP POCKET HAJI 408#/CHUNG KAI

MU BAJU PAGODA T-SHIRT 406#/PAGODA T-SHIRT BUTTON 402#/PAGODA SINGLET 401#/PAGODA ZIP POCKET HAJI 408#/CHUNG KAI

Must Watch Video

Advertisement