Skip to main content

Hiburan

Majlis Akikah Akira Juwita, Ajak Shiro Seloroh Nak Anak Lagi - “Terbayang Kalau Diri Sendiri…”

Ajak Shiro

Sekilas

  • Ajak Shiro berkongsi momen menghadiri majlis akikah anak kelima Shuib Sepahtu, Akira Juwita, bersama keluarga.
  • Ajak meluahkan rasa terharu dan tumpang gembira serta berseloroh tentang impian memiliki anak perempuan lagi.
  • Shuib mengadakan majlis akikah secara sederhana dihadiri keluarga dan rakan rapat selepas berkahwin dengan Watie Hanifiah pada Jun 2023.

Pelawak, Ajak Shiro berkongsi momen dirinya bersama keluarga sewaktu mereka menghadiri majlis akikah anak kepada pelawak, Shuib Sepahtu iaitu Akira Juwita.

Menerusi perkongsian di Threads, Ajak atau nama lengkapnya Mohd Hanaffi Razak mengakui terharu dan dalam masa yang sama tumpang gembira dengan sahabat baiknya itu yang menimang cahaya matanya yang kelima.

“Hari ini kita pergi majlis akikah Akira.

“Tak sangka aku dapat rezeki tengok kau kelek budak lagi Eib (Shuib),” kongsinya.

Dalam masa yang sama, Ajak sempat berseloroh dengan membayangkan dirinya juga dikurniakan seorang lagi cahaya mata perempuan.

“Terbayang kalau diri sendiri dapat baby girl sorang lagi,” selorohnya.

Di akhir perkongsian, Ajak menitipkan doa agar Akira membesar dengan sihat serta menjadi kebanggaan ibu bapanya.

“Doa yang baik-baik buat si kecil Akira. Semoga membesar dengan sihat, bijak dan menjadi kebanggaan ibu ayah,” ujarnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen beranggapan adalah tidak menjadi masalah sekiranya Ajak ingin menimang seorang lagi cahaya mata dan mendoakan agar impiannya itu menjadi kenyataan.

Terdahulu, Shuib mengadakan majlis akikah buat Akira yang hanya dihadiri ahli keluarga serta rakan rapat.

Sekadar info, Akira merupakan anak hasil perkahwinan kedua Shuib bersama isterinya, Watie Hanifiah.

Shuib dan Watie sah menjadi suami isteri selepas diijab kabul pada 23 Jun 2023. 

Shuib juga memiliki empat orang cahaya mata hasil perkahwinan dengan penyanyi Allahyarham Siti Sarah iaitu Uwais Alqarni, 15, Dzahira Talita Zahra, 13, Ariq Matin, 10, Ayash Affan, 5.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

JOOLA PROTON SELKIRK Pickleball racket surface protective cover, Waterproof, Extremely durable synthetic rubber material

JOOLA PROTON SELKIRK Pickleball racket surface protective cover, Waterproof, Extremely durable synthetic rubber material

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

Advertisement