Skip to main content

Hiburan

“Mak Cik B Dah Bahagia, Tapi…”

Cik B

Sekilas

  • Cik B, anak kepada Datuk Seri Vida, berkongsi rasa gembira melihat ibunya bahagia bercinta dengan Datuk Fazley Yaakob tetapi turut rasa sunyi kerana perlu berkongsi kasih sayang ibunya.
  • Fazley memberi kata semangat kepada Cik B dengan menegaskan kasih sayang ibu tidak akan berkurang walaupun dikongsi bersama orang lain.
  • Hubungan Vida dan Fazley menjadi perhatian selepas keakraban mereka dalam program TTMM2 dan mereka sedang dalam fasa awal mengenali hati budi untuk kemungkinan hubungan lebih serius.
Advertisement

Anak kepada usahawan terkenal, Datuk Seri Vida iaitu Cik B menyorot perhatian apabila berkongsi luahan hatinya menerusi satu hantaran di Threads.

Menerusi perkongsian yang dibuat, Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin memaklumkan bahawa dia gembira melihat ibunya yang kini lebih bahagia selepas dikatakan sedang hangat bercinta dengan penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob.

Advertisement

Walau bagaimanapun, bekas peserta Talk To My Manager musim kedua (TTMM2) itu dalam masa yang sama berasa sedikit sunyi kerana merasakan dirinya perlu berkongsi kasih ibunya bersama orang lain.

“Mak Cik B dah bahagia, tapi Cik B rasa lonely sebab dah kena kongsi kasih sayang,” luahnya.

Perkongsian itu kemudiannya meraih perhatian ramai termasuklah komen daripada Fazley yang tampil memberi kata semangat.

Ujar Fazley, meskipun Cik B merasakan perlu berkongsi kasih namun, rasa sayang seorang ibu terhadap anak tak akan pernah luput dan tidak akan berkurang.

“Cik B sayang, Dida (Fazley) will always be here for you, jangan risau okay.

“Kasih sayang seorang ibu bapa itu terlalu besar, tak akan habis walau dikongsi macam mana pun.

“It all started from you and Dida yakin your doa sangat Hebat! Love you Cik B,” komen Fazley.

Terdahulu, hubungan Vida dan Fazley menjadi perhatian ramai selepas beberapa video memaparkan keakraban mereka tular di media sosial susulan penyertaan mereka dalam TTMM2.

Malah, Fazley sebelum ini turut mendedahkan dia sudah meluahkan perasaan sayangnya terhadap Vida pada hari yang dianggap istimewa dalam kalendar Islam.

Vida kemudiannya mengakui adanya perbincangan serius yang dibuat bersama penyanyi, Datuk Fazley Yaakob mengenai kemungkinan untuk membawa hubungan mereka ke fasa yang lebih serius.

Walau bagaimanapun, Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman berkata, perbincangan tersebut masih berada di fasa awal kerana masih mahu mengenali hati budi masing-masing.

Anda mungkin berminat dengan

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement