Skip to main content

Hiburan

Mak Leha Buat Penonton Geram, Dian P. Ramlee Tak Ambil Hati Baca Komen – “Mereka Kecam Watak, Bukan Saya…”

Mak Leha Buat Penonton Geram, Dian P. Ramlee Tak Ambil Hati Baca Komen – “Mereka Kecam Watak, Bukan Saya…”

Sekilas

  • Pelakon Dian P. Ramlee tidak ambil hati kecaman terhadap watak Mak Leha dalam drama Suami Anak Mak kerana memahami kemarahan itu ditujukan pada karakter, bukan dirinya.
  • Dian berharap watak Mak Leha dapat menjadi pengajaran kepada mereka yang mempunyai sikap buruk terhadap menantu dalam kehidupan sebenar.
  • Drama Suami Anak Mak kini ditayangkan di Astro Ria dan boleh distrim melalui sooka, mengisahkan dilema Haris dalam mengimbangi kasih sayang kepada ibu dan tanggungjawab sebagai suami.
Advertisement

Pelakon Dian P. Ramlee tidak mengambil hati dengan kecaman penonton terhadap watak Mak Leha lakonannya dalam drama Suami Anak Mak kerana memahami kemarahan tersebut ditujukan kepada karakter berkenaan.

Dian berkata, dia berusaha membawakan watak tersebut sebaik mungkin bagi menjaga cerita asal novel yang diadaptasi menjadi drama untuk slot MegaDrama Astro itu.

Advertisement

“Kita membawakan watak sebaik mungkin sebab tidak mahu mencacatkan novel tersebut. Jadi, kita kena memberikan yang terbaik untuk watak dalam drama itu.

“Memanglah orang kecam, tetapi tidak mengapa. Netizen kecam Mak Leha, bukan Kak Dian. Okeylah itu,” katanya.

Mengakui ada membaca komen penonton, Dian memahami watak ibu mentua yang bersikap buruk terhadap menantu lazimnya mengundang reaksi negatif.

Advertisement

Bagaimanapun, dia berharap karakter Mak Leha dapat menjadi pengajaran kepada individu yang mempunyai sikap serupa dalam kehidupan sebenar.

“Ada komen yang saya baca, ada yang tidak. Saya faham watak mak mentua jahat memang selalu mendapat komen begitu.

“Harapnya, mak mentua yang betul-betul macam itu dapat belajar sesuatu, termasuk menyedari betapa buruknya layanan mereka terhadap menantu. Mudah-mudahan mereka ambil pengajaran,” ujarnya.

Sementara itu, berkongsi proses menghidupkan watak tersebut, Dian memaklumkan mereka tidak mengadakan sesi pembacaan skrip khusus, sebaliknya menjalani latihan di lokasi sebelum penggambaran sesuatu babak.

Menurutnya, penggambaran hanya diteruskan selepas pelakon benar-benar bersedia dan yakin dengan adegan yang hendak dijayakan.

“Kami berlatih di situ dan terus menjalani penggambaran. Kalau belum bersedia atau ketika membaca masih kurang yakin, kami akan ulang semula.

“Selalunya tidak banyak, sekali atau dua kali, kemudian terus rakam. Sebab kami sudah memahami watak masing-masing, jadi lebih mudah untuk membawakannya,” jelasnya.

Dibintangi Emma Maembong, Keith Foo, Dian P. Ramlee dan Izzue Islam, Suamiku Anak Mak kini sedang ditayangkan menerusi slot Megadrama, jam 10 malam, di saluran Astro Ria, dan boleh distrim melalui sooka.

Dalam drama ini, Haris (Keith Foo) berdepan dilema apabila perlu mengimbangi kasih sayang terhadap ibunya, Mak Leha, dengan tanggungjawabnya terhadap Zaraa.

Bagi penonton, persoalannya bukan sama ada seorang anak lelaki perlu menyayangi ibunya atau tidak, sebaliknya sejauh mana dia mampu menjadi suami yang bertanggungjawab tanpa membiarkan konflik keluarga berlarutan.

Situasi itu turut menjadikan watak Zaraa dekat dengan penonton yang pernah menyaksikan atau berdepan dilema serupa dalam kehidupan sebenar.

Apabila nama watak mula menjadi bahan perbualan dan potongan babak mencetuskan pelbagai reaksi di media sosial, ia menunjukkan bagaimana sesebuah drama boleh melangkaui skrin televisyen dan menjadi topik perbincangan dalam kehidupan seharian.

Walaupun tindakan watak-watak berkenaan mengundang kemarahan, itulah antara persoalan yang membuatkan penonton terus mengikuti perkembangan ceritanya: mampukah Haris akhirnya menetapkan pendirian, dan sampai bilakah Zaraa perlu bersabar?

Nampaknya, bukan sahaja Zaraa yang perlu menguji kesabaran berdepan kerenah Mak Leha, penonton di rumah juga turut sama beremosi mengikuti perjalanan kisah mereka!

Anda mungkin berminat dengan

VIRTOK Shoupin首品 Hair Dye Full Set Free Tools & Developer Pewarna Rambut Hair Colour 染发剂流行色染发膏奶茶灰棕

VIRTOK Shoupin首品 Hair Dye Full Set Free Tools & Developer Pewarna Rambut Hair Colour 染发剂流行色染发膏奶茶灰棕

SHEGLAM Enigma Sparkly Glitter Eyeshadow Palette

SHEGLAM Enigma Sparkly Glitter Eyeshadow Palette

adidas Football Manchester United 25/26 Third Jersey Men Black KD4225

adidas Football Manchester United 25/26 Third Jersey Men Black KD4225

adidas Football WORLD CUP OFFICIAL EMBLEM CAP Unisex Black KE7368

adidas Football WORLD CUP OFFICIAL EMBLEM CAP Unisex Black KE7368

PUMA Portugal '25 Home Men's Soccer Jersey

PUMA Portugal '25 Home Men's Soccer Jersey

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

Must Watch Video

Advertisement