Skip to main content

Hiburan

“Mak-Mak, Kalau Betul Anak Dibuli, Jangan Diam” - Betty Rahmad

Astro Gempak 257

Sekilas

  • Betty Rahmad menggesa ibu bapa supaya lebih peka dan bertindak segera jika anak mereka mengalami buli.
  • Beliau menasihatkan ibu bapa untuk sentiasa berkomunikasi dengan anak dan mengambil tindakan termasuk membuat laporan jika perlu.
  • Insiden pelajar di Selangor yang cedera akibat ditikam rakan sekolah menjadi peringatan penting kepada semua pihak.
Advertisement

Pelakon dan usahawan Betty Rahmad menggesa ibu bapa supaya lebih peka terhadap perubahan anak-anak serta tidak teragak-agak mengambil tindakan sekiranya berlaku kes buli.

Menerusi satu hantaran dalam Threads, Betty berkata, dia tidak kisah jika dilabel terlalu melindungi atau keterlaluan dalam soal keselamatan anak kerana enggan menyesal di kemudian hari.

“Sorry not sorry, kalau bab anak, saya memang tak kisah orang nak cakap saya overprotective atau overreact.

“Sebab saya lebih rela bertindak awal daripada menyesal bila semuanya dah terlambat,” tulisnya.
 

dg


Dalam masa sama, Betty turut menasihatkan golongan ibu bapa agar sentiasa berkomunikasi dengan anak-anak bagi mengesan sebarang perkara yang mencurigakan.

“Mak-mak, tolong banyakkan borak dengan anak. Tanya, dengar dan selidik.

“Tanya juga kawan-kawan mereka. Kalau memang betul anak kita dibuli, ambil tindakan dan buat laporan. Jangan diam,” katanya.
 

Advertisement
dfv


Terdahulu, negara dikejutkan dengan insiden seorang pelajar sekolah di Selangor yang cedera selepas dipercayai ditikam oleh rakan sekolah.

Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor memaklumkan mangsa sedang menerima rawatan di hospital, manakala suspek telah ditahan polis bagi membantu siasatan.

 

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement