Sekilas
- Cik B berkongsi foto ibunya, Datuk Seri Vida, dengan wajah dan tangan disaluti lumpur di Threads.
- Vida membalas komen dengan gurauan tentang anaknya yang suka troll dia sejak menggunakan Threads.
- Netizen terhibur dengan gelagat dua beranak itu dan menganggap foto tersebut berpotensi jadi stock meme baru.
Perkongsian anak kepada usahawan Datuk Seri Vida, Cik B yang memuat naik beberapa foto ibunya dengan wajah dipenuhi lumpur mencuri perhatian netizen.
Menerusi Threads, Cik B berkongsi foto ibunya dalam keadaan wajah dan tangan disaluti lumpur.
“Mak siapa ni yang mandi lumpur,” tulisnya berseloroh pada kapsyen.
Tidak berdiam diri, Vida kemudian tampil meninggalkan komen apabila menyedari dirinya sekali lagi menjadi bahan usikan anaknya.
“Sejak bagi mama main Threads, kuat Cik B troll mama,” tulisnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat gelagat dua beranak itu selain menganggap foto berkenaan berpotensi menjadi ‘stock meme’ baharu.
“Ya Allah, kenapa uji kami dengan stock meme baharu ni Cik B!”
“Rare lah Datuk. Pakai lumpur pun sekali imbas dah tahu siapa tanpa baca username.”
“Aku dah nak kesian tadi. Ingatkan sakit kulit ke apa. Tak jadi kesian! Nak gelak sepuas-puasnya,” antara komen netizen.
Sumber: Threads