Skip to main content

Selebriti

Makin Hebat Memasak, Hafiz Mahamad Puji Hidangan Isteri Rasa 10/10! - “Dulu 6 Bulan Makan Butter Chicken, Bihun Pecah Pecah…”

hafiz Mahamad puji isteri pandai masak

Sekilas

  • Hafiz Mahamad berkongsi pengalaman awal perkahwinan di mana isterinya, Syafiqah Aina, hanya mahir memasak butter chicken.
  • Aina kini semakin mahir memasak pelbagai hidangan yang mendapat pujian daripada Hafiz dan kakitangan mereka.
  • Walaupun ada pembantu rumah, Aina tetap mengambil peranan utama di dapur dan sentiasa berusaha meningkatkan kemahiran memasaknya.

Pempengaruh dan usahawan, Hafiz Mahamad meluahkan rasa bangga terhadap isterinya, Syafiqah Aina yang kini disifatkan semakin mahir di dapur berbanding awal perkahwinan mereka.

Hafiz menerusi hantaran di Threads berkongsi pengalaman awal mendirikan rumah tangga apabila isterinya yang ketika itu kurang mahir memasak.

Menurut Hafiz, enam bulan pertama perkahwinan mereka banyak diisi dengan menu yang sama berulang kali iaitu ‘Butter Chicken’.

“‘Hantaran je mahal, Muka je cantik, tapi masak ke laut’, Ini apa yg orang selalu kata. Awal kahwin dulu, Aina hanya pandai masak butter chicken.

“Enam bulan makan butter chicken atau pun mee hun pecah pecah. Kita ni jenis makan rumah, tapi sekarang… saya pun keliru. Ni rumah ke kedai makan,” kongsinya.

Kongsi Hafiz lagi, Aina tidak putus asa berusaha memperbaiki kemahiran memasak dan kini mampu menyediakan pelbagai jenis hidangan setiap hari.

Malah masakan air tangan isterinya itu juga turut mendapat pujian dan menjadi kegemaran kakitangan yang bekerja bersama mereka.

“Hari-hari saya dok merakam lauk dia masak-masak. Nak apa semua dia masakkan! Rasa 10/10, staff sampai suka makan Aina masak,” tulisnya.

Jelas Hafiz, walaupun mempunyai pembantu rumah, namun isterinya tetap mengambil peranan utama di dapur.

“Setiap hari dia akan masak. Walaupun ada maid, tapi bab masak memang dia yang akan sentuh kuali tu.

“Saya bangga sebab dari awal kahwin. Dia selalu usaha untuk upgrade. Terima Kasih jaga perut abang sayang. Moga Allah sentiasa limpahkan rezeki untuk awak,” coretnya.

Berikut merupakan perkongsian Hafiz:

 

Must-Watch Video

Advertisement