Skip to main content

Hiburan

Malaikat Malam Dominasi Carta Nombor 1 GSC Malaysia Dalam Masa Sehari Ditayangkan

Malaikat Malam

Sekilas

  • Filem Malaikat Malam kini berada di tangga teratas carta Top Movies GSC selepas sehari ditayangkan.
  • Penonton memberikan maklum balas positif terutama terhadap lakonan Syafiq Kyle yang dianggap sebagai mat rempit paling kacak di Malaysia.
  • Filem ini mengisahkan perjalanan hidup Azam, seorang mat motor yang menghadapi perubahan besar selepas kemalangan dan konflik yang mendatang.
Advertisement

Baru sahaja sehari ditayangkan, filem Malaikat Malam dilihat mendapat sambutan yang memberangsangkan apabila berada di tangga teratas carta Top Movies GSC sejak mula ditayangkan pada hari ini.

Kejayaan ini juga membuktikan bahawa Malaikat Malam bukan sahaja mendapat sokongan padu daripada penonton, malah mampu memberi sangain positif kepada filem antarabangsa.

Advertisement

Buktinya, dapat kita lihat penonton yang berpeluang menonton tayangan awal memberikan maklum balas yang baik mengenai filem terbaharu Viper Studios dengan kerjasama Skop Production, Astro Shaw dan Primeworks ini.

Ujar mereka, rindu mereka sedikit terubat selepas sekian lama tiadanya filem yang bertemakan dunia permotoran.

Mereka juga memuji lakonan mantap pelaon utama, Syafiq Kyle yang disifatkan serba boleh malah melabel aktor itu sebagai mat rempit paling kacak pernah ada dalam Malaysia.

Malaikat Malam mengisahkan perjalanan hidup seorang ‘mat motor’ bernama Azam yang secara tidak sengaja melanggar seorang gadis buta, Ratna.

Ia menjadi titik perubahan besar dalam hidupnya. Namun, apabila dendam lama, pengkhianatan dan tragedi mula menghimpit, Azam terpaksa berdepan dengan realiti yang tidak dapat dielakkan. 

Anda sudah boleh mula membuat pembelian tiket dan tonton filem Malaikat Malam di pawagam berdekatan.

Anda mungkin berminat dengan

POH KONG 999.9/24K Malaysia Gold Wafer Coin

POH KONG 999.9/24K Malaysia Gold Wafer Coin

TOPTOY Little Black Cat Cute Plush Pendant Doll Doll Girl Gift

TOPTOY Little Black Cat Cute Plush Pendant Doll Doll Girl Gift

Puma Men's Box Out Short Sleeve Basketball Tee 1 (Black) 53648701

Puma Men's Box Out Short Sleeve Basketball Tee 1 (Black) 53648701

Nike Men's Sportswear T-Shirt - White [DX1984-100]

Nike Men's Sportswear T-Shirt - White [DX1984-100]

adidas Football Arsenal 24/25 Third Jersey Men Blue IZ0114

adidas Football Arsenal 24/25 Third Jersey Men Blue IZ0114

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB587

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB587

Must Watch Video

Advertisement