Skip to main content

Hiburan

Malaikat Malam Meledak! Catat Kutipan Box Office RM10.2 Juta Sejak Seminggu Ditayangkan

Malaikat Malam

Sekilas

  • Filem Malaikat Malam mencatat kutipan box office RM10.2 juta dalam tayangan awal dan minggu pertama, menjadi antara filem tempatan paling popular tahun ini.
  • Penonton memuji lakonan, penceritaan, dan pendekatan berani filem ini yang mengangkat dunia permotoran jalanan serta kisah realiti masyarakat.
  • Barisan pelakon akan turun padang bertemu peminat di Selatan Malaysia pada awal April, sambil filem terus ditayangkan di pawagam seluruh negara.

Filem yang berkisarkan dunia permotoran jalanan, Malaikat Malam terus mencipta fenomena apabila berjaya mencatat kutipan box office sebanyak RM10.2 juta bagi tayangan awal dan minggu pertama, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai antara filem tempatan paling mendapat perhatian tahun ini.

Sejak ditayangkan, filem ini mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang menyifatkan ia sebagai mengimbau kembali kenangan era filem dunia permotoran yang pernah popular satu ketika dahulu.

Menerusi tinjauan yang dibuat di media sosial, rata-raya warganet yang sudah menonton filem ini memuji kekuatan persembahan para pelakon, penceritaan, serta pendekatan berani yang dibawakan dalam genre aksi motosikal. 

Kejayaan ini sekaligus membuktikan filem yang merupakan buah fikiran anak muda, Nazifdin Nasrudin ini berjaya meraih keyakinan penonton.

Menurut Pengerusi Skop Productions dan Penerbit Eksekutif Filem Malaikat Malam, Datuk Dr. Yusof Haslam, dia berasa amat bersyukur dengan sambutan yang diberikan penonton terhadap filem tersebut.

“Kami amat bersyukur dengan sokongan luar biasa daripada penonton. Apa yang lebih bermakna adalah apabila penonton sendiri yang mengangkat filem ini dan berkongsi pengalaman mereka.

“Pencapaian ini menunjukkan bahawa kisah yang dekat dengan realiti masyarakat, digabungkan dengan elemen hiburan yang kuat, mampu menarik minat ramai. Kami harap, penonton Malaysia terus beri sokongan kepada Malaikat Malam serta filem-filem tempatan lain,” ujarnya.

Dengan momentum yang masih kuat, Malaikat Malam diharap akan terus dapat menarik penonton ke pawagam pada minggu-minggu akan datang.

Pada 3, 4, dan 5 April, barisan pelakon Malaikat Malam akan berada di Selatan, Johor, Melaka, Negeri Sembilan untuk temui penonton dan peminat di pawagam. 

Mengangkat elemen cinta, persahabatan dan pengorbanan dalam latar dunia jalanan, Malaikat Malam membawa kisah tentang perjalanan hidup seorang ‘mat motor’ bernama Azam yang secara tidak sengaja melanggar seorang gadis buta, Ratna dan menjadi titik perubahan besar dalam hidupnya.

Malaikat Malam membariskan pelakon Syafiq Kyle, Tracie Sinidol, Amir Nafis, Kodi Rasheed, Juzzthin, Que Haidar, Riezman Khuzaimi, Akmal Asyraf.

Ikuti maklumat lanjut di akaun media sosial Viper Studios, Skop Productions, Astro Shaw, Primeworks Studios. 

Orang ramai yang masih belum menyaksikan filem ini disarankan untuk tidak melepaskan peluang menonton Malaikat Malam di pawagam berhampiran.

Diterbitkan dengan kerjasama beberapa pemain industri utama seperti Viper Studios, Skop Productions, Astro Shaw dan Primeworks Studios, Malaikat Malam menemui penonton di pawagam seluruh negara sejak 26 Mac lalu.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Lifestyle adidas Rekive Tee Men Black HZ0747

adidas Lifestyle adidas Rekive Tee Men Black HZ0747

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

adidas Football Arsenal 24/25 Third Jersey Men Blue IZ0114

adidas Football Arsenal 24/25 Third Jersey Men Blue IZ0114

TOPTOY Little Black Cat Cute Plush Pendant Doll Doll Girl Gift

TOPTOY Little Black Cat Cute Plush Pendant Doll Doll Girl Gift

现货 kissy 新款无痕聚拢无钢圈内衣 反重力提拉 收副乳 KISSY New Seamless Push Up Bra Wireless Soft Support Anti Gravity Tummy Control Back Smoothing Fixed Cup

现货 kissy 新款无痕聚拢无钢圈内衣 反重力提拉 收副乳 KISSY New Seamless Push Up Bra Wireless Soft Support Anti Gravity Tummy Control Back Smoothing Fixed Cup

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

Must Watch Video

Advertisement