Skip to main content

Filem

‘Malam Terlarang’ Bakal Ditayangkan Di Pawagam Vietnam Bermula 24 Julai

Astro Gempak 559

Sekilas

  • Filem seram Malam Terlarang akan ditayangkan di lebih 100 pawagam di Vietnam mulai 24 Julai dengan judul Lời Nguyền Huyết Tộc dan dilengkapi sari kata bahasa Vietnam.
  • Filem arahan Allahyarham Norhanisham Muhamad ini menggabungkan elemen seram supernatural dan misteri berlatar era 1980-an serta menampilkan pelakon muda generasi Z.
  • Malam Terlarang pernah ditayangkan di Malaysia pada Oktober tahun lalu dan memenangi beberapa anugerah termasuk Pelakon Pembantu Lelaki dan Wanita Terbaik di MPFKL Edisi Ke-11.

Selepas mencipta kejayaan di pawagam tempatan, filem seram Malam Terlarang terus mengorak langkah ke persada antarabangsa apabila bakal ditayangkan di Vietnam bermula 24 Julai ini.

Menggunakan judul tempatan Lời Nguyền Huyết Tộc (Blood Curses of a Family), naskhah terbitan Astro Shaw itu menjadi satu lagi pencapaian penting dalam usaha membawa filem Malaysia menembusi pasaran Asia Tenggara.

Diedarkan oleh June Content Distribution, Malam Terlarang dijangka ditayangkan selama tiga hingga empat minggu di lebih 100 pawagam di seluruh Vietnam.

Filem berkenaan akan ditayangkan dalam bahasa Melayu asal tanpa alih suara, namun dilengkapi sari kata bahasa Vietnam bagi memberi pengalaman tontonan yang lebih autentik kepada penonton negara itu.

Berlatarbelakangkan era 1980-an, Malam Terlarang menggabungkan elemen seram supernatural, misteri serta emosi yang kuat, menawarkan pengalaman berbeza daripada filem seram konvensional.

Naskhah arahan Allahyarham Norhanisham Muhamad atau lebih dikenali sebagai Labu itu turut mengetengahkan kisah yang dekat dengan budaya tempatan, namun dipersembahkan melalui tema sejagat seperti ketakutan, kepercayaan dan perjuangan untuk terus hidup.

Menampilkan gandingan pertama kali dua pelakon hebat, Zul Ariffin dan Sofia Jane, filem ini turut dibintangi Shasha Abedul, Sabri Yunus, Normah Damanhuri, Hasnul Rahmat, Haneesya Hanee, Aila Azizul dan Sadiq M. Jamil.

Sinopsis

Malam Terlarang mengisahkan Mawar, seorang gadis berusia 18 tahun yang mula mengesyaki keluarganya dihantui entiti misteri selepas kematian kakaknya pada tahun 1987.

Ketika menyiasat kejadian-kejadian aneh yang berlaku, Mawar akhirnya membongkar rahsia gelap keluarganya sebelum berdepan ancaman makhluk ghaib yang mahu meragut nyawa serta masa depannya.

Sebelum ini, Malam Terlarang yang ditayangkan di Malaysia pada 30 Oktober tahun lalu turut menerima pelbagai pengiktirafan termasuk memenangi kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik dan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik menerusi Sabri Yunus serta Sofia Jane dalam Anugerah Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur (MPFKL) Edisi Ke-11.

Anda mungkin berminat dengan

现货 kissy 新款无痕聚拢无钢圈内衣 反重力提拉 收副乳 KISSY New Seamless Push Up Bra Wireless Soft Support Anti Gravity Tummy Control Back Smoothing Fixed Cup

现货 kissy 新款无痕聚拢无钢圈内衣 反重力提拉 收副乳 KISSY New Seamless Push Up Bra Wireless Soft Support Anti Gravity Tummy Control Back Smoothing Fixed Cup

PUMA MEN S GRAPHIC TEE PUMA FIT PUMA Black 52419801

PUMA MEN S GRAPHIC TEE PUMA FIT PUMA Black 52419801

【New Launch】Glad2Glow White Truffle Radiance Glow Serum Spray 100ml Essence Glossy Deep Hydrating Face Serum Mist

【New Launch】Glad2Glow White Truffle Radiance Glow Serum Spray 100ml Essence Glossy Deep Hydrating Face Serum Mist

[COSRX OFFICIAL] AHA/BHA Clarifying treatment toner for acne prone skin_AHA 0.1% BHA 0.1% 150ml

[COSRX OFFICIAL] AHA/BHA Clarifying treatment toner for acne prone skin_AHA 0.1% BHA 0.1% 150ml

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

Must Watch Video

Advertisement