Skip to main content

Filem

‘Malam Terlarang’ Terus Gegar Pawagam, Kutipan Cecah RM11 Juta

fghghhfg

Sekilas

  • Filem seram tempatan, Malam Terlarang, berjaya meraih kutipan RM11 juta dan mula ditayangkan di pawagam Singapura sejak 20 November.
  • Penerbit Eksekutif Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad, menyifatkan sambutan penonton sebagai bukti karya tempatan semakin kukuh dan mampu menembusi pasaran luar.
  • Filem ini mengisahkan Mawar yang menghadapi gangguan paranormal selepas kematian misteri kakaknya, menampilkan pelakon terkenal seperti Zul Ariffin dan Sofia Jane.

Fenomena filem seram tempatan, Malam Terlarang, terus menguasai pawagam apabila berjaya meraih kutipan RM11 juta setakat ini.

Menurut Penerbit Eksekutif merangkap Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad, sambutan luar biasa penonton membuktikan karya tempatan semakin kukuh dan mampu menembusi pasaran luar.

“Sambutan memberangsangkan daripada penonton benar-benar mengagumkan. Minggu lalu, filem ini mula ditayangkan di rangkaian pawagam Singapura pada 20 November.

“Kami teruja melihat reaksi positif penonton, sekaligus membuktikan karya tempatan mampu pergi lebih jauh.

“Terima kasih kepada semua yang terus menyokong Malam Terlarang,” katanya.

Diterbitkan Astro Shaw dengan idea asal Hazo Mahayuddin, Haris M. Nor, Ariff Zulkarnain dan Nazifdin Nasrudin, Malam Terlarang mengetengahkan sisi gelap obsesi terhadap ilmu hitam serta akibatnya terhadap keluarga dan kewarasan manusia.

Naskhah tersebut mengisahkan Mawar, gadis 18 tahun dari Kampung Pasir Larung yang terpaksa menangguhkan cita-cita menjadi wartawan demi menjaga ibunya, Sarimah. Lebih memburukkan keadaan, bapanya Omar pula sibuk mengejar karier politik.

Segalanya berubah selepas kematian misteri kakaknya, Safar. Mawar mula diganggu kejadian paranormal yang mengerikan sehingga nekad menyiasat sendiri punca sebenar tragedi tersebut.

Filem itu menampilkan gandingan mantap pelakon terkenal antaranya Zul Ariffin, Sofia Jane, Shasha Abedul, Sabri Yunus, Normah Damanhuri, Hasnul Rahmat, Amir Nafis, Haneesya Hanee, Aila Azizul dan Sadiq M. Jamil.

Must-Watch Video

Advertisement