Skip to main content

Hiburan

Malang Tidak Berbau! Vokalis Kumpulan Indie Jatuh Pentas Ketika...

Malang Tidak Berbau! Vokalis Kumpulan Indie Jatuh  Pentas Ketika...

Sekilas

  • Vokalis Bittersweet, Pijan, terjatuh dari pentas semasa persembahan di Konsert Indiescovery 2026 di Zepp Kuala Lumpur malam tadi.
  • Walaupun terjatuh, Pijan segera bangun dan meneruskan nyanyian seperti tiada apa yang berlaku, mengejutkan penonton di situ.
  • Konsert Indiescovery 2026 menampilkan empat kumpulan indie popular iaitu Butterfingers, Bunkface, Bittersweet dan Masdo, namun Pijan belum keluarkan kenyataan mengenai kesihatannya.
Advertisement

Vokalis kumpulan Bittersweet, Pijan mencetuskan kebimbangan peminat apabila terjatuh dari pentas ketika sedang membuat persembahan dalam Konsert Indiescovery 2026 di Zepp Kuala Lumpur, malam tadi.

Menerusi video yang tular dalam media sosial, Pijan dilihat sedang menyampaikan lagu di hadapan pentas sebelum melangkah lebih ke depan sehingga hilang imbangan lalu terjatuh.

Advertisement

Insiden tersebut menyebabkan penonton yang berada berhampiran pentas terkejut, namun penyanyi itu dilihat segera bangkit beberapa saat kemudian.

Lebih mengagumkan, Pijan meneruskan nyanyian seolah-olah tiada apa yang berlaku.

Sekadar info, Konsert Indiescovery 2026 menghimpunkan empat nama besar dalam arena muzik indie tanah air iaitu Butterfingers, Bunkface, Bittersweet dan Masdo di pentas Zepp Kuala Lumpur.

Advertisement

Setakat ini, Pijan belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai keadaan kesihatannya selepas insiden berkenaan.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Germany 26 Home Jersey Men White KD8363

adidas Football Germany 26 Home Jersey Men White KD8363

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY MICKEY MOUSE CAP Unisex Blue KA9885

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY MICKEY MOUSE CAP Unisex Blue KA9885

adidas Football Germany 26 Home Fan Jersey Men White JZ4556

adidas Football Germany 26 Home Fan Jersey Men White JZ4556

POP MART Residents of Bikini Bottom-Whimsical Plush Part2 Blind Box (Whole Set)

POP MART Residents of Bikini Bottom-Whimsical Plush Part2 Blind Box (Whole Set)

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

Must Watch Video

Advertisement