Skip to main content

Filem

Malaysia Eksklusif Jadi Negara Pertama Acha Septriasa Tonton Lakonan Sendiri Dalam Munafik: Melawan Iblis: "I’m So Excited"

Malaysia Eksklusif Jadi Negara Pertama Acha Septriasa Tonton Lakonan Sendiri Dalam Munafik: Melawan Iblis: "I’m So Excited"

Sekilas

  • Acha Septriasa teruja menonton filem lakonannya, Munafik: Melawan Iblis, buat pertama kali di Malaysia selepas tidak berpeluang menonton di Indonesia.
  • Filem ini adalah adaptasi dari Munafik arahan Syamsul Yusof dan menampilkan pelakon Indonesia seperti Arya Saloka dan Dimas Aditya.
  • Munafik: Melawan Iblis akan ditayangkan di pawagam Malaysia mulai 1 Oktober dengan kerjasama beberapa produksi dan Astro Shaw sebagai rakan pemasaran.
Advertisement

Aktres Acha Septriasa melahirkan rasa teruja dan tidak sabar untuk menonton filem terkini lakonannya, Munafik: Melawan Iblis pada malam gala naskhah tersebut di Malaysia yang dijadual berlangsung malam ini kerana belum berkesempatan menontonnya di Indonesia.

Munafik: Melawan Iblis merupakan adaptasi filem Munafik arahan Syamsul Yusof yang fenomena dan mendapat kutipan RM19 juta melalui tayangan serantau saat dipasarkan pada tahun 2016.

Advertisement

Menerusi Munafik: Melawan Iblis versi Indonesia, filem yang diarahkan sutradara berprolifik Guntur Soeharjanto serta dibarisi pelakon handalan seperti Arya Saloka sebagai Ustaz Adam dan Dimas Aditya (Ustaz Anwar), Faqih Alaydrus (Amir) ini, filem tersebut telah tayang di Indonesia sejak 3 September lalu.

Namun, sehingga kini, Acha yang menghidupkan watak Fitri belum berpeluang menonton Munafik: Melawan Iblis kerana beberapa kekangan.

Dan menurut Acha, beliau menantikan momen bersejarah menonton Munafik: Melawan Iblis di negara ‘kelahirannya’ Malaysia.

Advertisement

“Sebenarnya sejak ditayangkan di Indonesia saya belum berkesempatan menonton Munafik: Melawan Iblis kerana beberapa sebab termasuk saya berada di Australia.

“Jadi malam ini akan menjadi momen yang cukup bersejarah buat saya untuk menonton filem ini buat pertama kali dan ia ditonton di Malaysia.

“Saya sangat teruja kerana mahu melihat hasil kerja keras saya di filem ini. Saya tidak sabar,” ujar Acha sewaktu ditemu bual secara eksklusif bersama Gempak.

Bercerita lanjut tentang watak Fitri yang dimainkan, Acha memberitahu beliau mendapat keberuntungan yang tidak terduga selepas pernah ‘jatuh cinta’ dengan lakonan pelakon asalnya, Nabila Huda yang disifatkan telah memainkan watak Maria dengan cukup cemerlang.

“Sewaktu Munafik ditayangkan pada 2016, saya sedang di tahun akhir pengajian di Malaysia jadi saya sempat tonton filem ini dan sangat kagum dengan Nabila Huda sebagai Maria.

“Setelah sedekad, ternyata saya bisa menggantikan kak Nabila, maaf bukan menggantikan tapi melengkapi perjalanan kakak Maria dan menjadi Fitri di filem ini,” katanya penuh teruja.

Lebih daripada itu, Acha mengatakan salah satu hal yang membuat beliau teruja membintangi Munafik: Melawan Iblis adalah tentang hubungan Malaysia - Indonesia yang terus akrab dalam balutan seni Nusantara.

“Kami sangat berbangga hati rasanya bisa membawa cerita Malaysia ini dalam ke dalam karya atau versi di Indonesia kerana menurut saya penonton punya rasa penasaran mengenai kolaborasi ini.

“Apa yang pasti tanpa meninggalkan ‘isi utama’ Munafik, versi Munafik: Melawan Iblis dipersembahkan dengan budaya Indonesia yang sangat kental, dialog-dialog khas Indonesia serta latar belakang cerita berciri khas Indonesia,” katanya menutup bicara.

Munafik: Melawan Iblis akan memasuki pawagam Malaysia bermula 1 Oktober ini. Filem tersebut merupakan terbitan Unlimited Production dan Skop Productions, serta sokongan oleh Legacy Pictures, AZ Films, dan Komet Productions. Manakala Astro Shaw bertindak selaku rakan pemasaran di Malaysia.

Anda mungkin berminat dengan

Nike Club T-Shirt - Black

Nike Club T-Shirt - Black

Rezeki Bersama RM5

Rezeki Bersama RM5

adidas Lifestyle adidas Rekive Tee Men Black HZ0747

adidas Lifestyle adidas Rekive Tee Men Black HZ0747

adidas Football Arsenal 24/25 Third Jersey Men Blue IZ0114

adidas Football Arsenal 24/25 Third Jersey Men Blue IZ0114

POP MART Residents of Bikini Bottom-Whimsical Plush Part2 Blind Box (Whole Set)

POP MART Residents of Bikini Bottom-Whimsical Plush Part2 Blind Box (Whole Set)

SHEGLAM Camera On Smooth Blur Primer Smooth Poreless Moisturizing Face Base

SHEGLAM Camera On Smooth Blur Primer Smooth Poreless Moisturizing Face Base

Must Watch Video

Advertisement