Skip to main content

Hiburan

Malaysia #QuranHour 2026: Bingkas Menuju Malaysia Sejahtera

Malaysia #QuranHour 2026: Bingkas Menuju Malaysia Sejahtera

Sekilas

  • Malaysia #QuranHour 2026 diadakan serentak selama satu jam pada 12 tengah hari hingga 1 petang sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-69 dengan tema “Bingkas Menuju Malaysia Sejahtera”.
  • Program ini melibatkan bacaan Surah al-Muzzammil dan Surah al-Balad sebagai panduan membina kekuatan jiwa, ketahanan dan kepedulian sosial di seluruh negara termasuk penglibatan generasi muda.
  • Malaysia #QuranHour dianjurkan oleh Warisan Ummah Ikhlas Foundation dengan sokongan pelbagai pihak dan menekankan kemerdekaan sebenar sebagai pembinaan insan berakhlak dan masyarakat harmoni berteraskan nilai al-Quran.
Advertisement

Sempena sambutan Hari Kebangsaan Malaysia ke-69 yang lalu, rakyat Malaysia di seluruh negara dan luar negara akan berhenti sejenak selama satu jam untuk membaca, memahami serta menghayati al-Quran menerusi Malaysia #QuranHour 2026. 

Berlangsung serentak dari jam 12 tengah hari hingga 1 petang, gerakan rakyat ini membawa tema “Bingkas Menuju Malaysia Sejahtera”, dengan Surah al-Muzzammil dan Surah al-Balad sebagai panduan membina kekuatan jiwa, ketahanan menghadapi cabaran serta kepedulian terhadap sesama manusia. 

Lokasi perdana Malaysia #QuranHour 2026 ialah Masjid Al-Sultan Abdullah, Presint Merdeka 118, Kuala Lumpur. Namun, denyut sebenar gerakan ini berlangsung di seluruh negara di masjid, surau, sekolah, universiti, pejabat, institusi, komuniti, kediaman dan di mana sahaja rakyat Malaysia berada. 

Penglibatan generasi muda turut memperkukuh wajah nasional gerakan ini. Pelaksanaannya dimulakan lebih awal pada hari Jumaat menerusi penglibatan sekolah-sekolah di Selangor dan Negeri Sembilan. 

Pelajar sekolah di Kelantan dan Terengganu pula bersama-sama menyertai Malaysia #QuranHour di lokasi utama negeri berkenaan. 

Program ini merupakan satu-satunya program berbentuk kerohanian dan gerakan dakwah nasional yang diangkat sebagai program sisipan Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026. 

Malaysia #QuranHour 2026 turut diserikan dengan keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah, ke lokasi perdana. 

Keberangkatan Seri Paduka Baginda membawa makna besar dalam menyatukan institusi Raja dan rakyat di bawah naungan nilai wahyu. Ia menegaskan bahawa kemerdekaan bukan sekadar perayaan sebuah tarikh, tetapi amanah untuk membina insan berakhlak, masyarakat berkasih sayang dan negara yang sejahtera. 

Surah al-Muzzammil mengajak manusia membina kekuatan melalui hubungan yang kukuh dengan Allah SWT, manakala Surah al-Balad mengingatkan bahawa kehidupan manusia tidak terlepas daripada kabad, iaitu perjuangan, kesukaran dan pendakian. 

Jalan untuk melepasi pendakian itu bukan dengan mementingkan diri, tetapi dengan membebaskan manusia daripada belenggu, memberi makan ketika kelaparan, membela golongan yang memerlukan serta membina masyarakat yang saling berpesan dengan kesabaran dan kasih sayang. 

Gabungan kedua-dua surah ini membentuk kerangka perubahan yang jelas: “Kukuhkan jiwa, bingkas menghadapi cabaran dan bergerak membawa manfaat kepada manusia.” Antara pengisian utama Malaysia #QuranHour 2026 ialah “Pesan Ulama untuk Negara”  yang akan disampaikan oleh YB Dato’ Dr. Haji Nooh bin Gadot, Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah MKI dan Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ). 

Pesan tersebut mengangkat makna kemerdekaan yang hakiki, bukan sekadar bebas daripada penjajahan fizikal tetapi merdeka jiwa, akidah dan kehidupan berteraskan nilai al-Quran. 

Antara resolusi yang diketengahkan ialah membina pemimpin dan rakyat berteraskan sifat siddiq, amanah, tabligh dan fatanah, memperkukuh perpaduan, membudayakan tadabbur, muhasabah dan penyucian jiwa serta memulakan perubahan daripada diri sendiri demi membina negara yang berteraskan kebenaran, keadilan dan kasih sayang Pengasas Warisan Ummah Ikhlas Foundation (WUIF), Dato’ Hussamuddin Yaacub, berkata pembangunan negara tidak boleh bergantung kepada kemajuan fizikal dan ekonomi semata-mata tanpa pembinaan akhlak rakyat. “Malaysia memerlukan rakyat yang memiliki ihsan, integriti, amanah dan kasih sayang. 

Al-Quran bukan sekadar untuk dibaca, tetapi perlu difahami dan diamalkan sehingga membentuk keluarga yang baik, masyarakat yang harmoni dan negara yang diberkati. Paling penting, apa juga yang kita lakukan, buat kerana Allah. Apabila setiap amanah dan usaha dilaksanakan kerana Allah, kita bukan sekadar mengejar kejayaan untuk diri sendiri, tetapi mahu membawa kebaikan kepada orang lain dan mendapatkan keredaan-Nya. 

Malaysia #QuranHour mengajak kita berhenti sejenak daripada kesibukan dan perbezaan, bersatu selama satu jam di bawah naungan al-Quran dan memulakan perubahan daripada diri, kemudian keluarga, masyarakat dan negara. Buat Kerana Allah.” 

Ketua Pegawai Eksekutif WUIF, Puan Marhaini Yusoff, berkata Malaysia #QuranHour membawa satu pertanyaan penting kepada rakyat menjelang sambutan Hari Kebangsaan: “Setelah 69 tahun merdeka, apakah jiwa kita juga benar-benar merdeka?” Beliau berkata kemerdekaan sebenar bukan hanya bebas daripada penjajahan fizikal, tetapi juga membina manusia yang mempunyai kekuatan jiwa, nilai, integriti dan kepedulian terhadap masyarakat. “Malaysia #QuranHour ialah gerakan rakyat untuk rakyat. 

Dari satu jam bersama al-Quran, kita mulakan langkah membina diri, memperkukuh keluarga dan masyarakat serta bersama-sama membina Malaysia yang lebih sejahtera.” Malaysia #QuranHour 2026 dianjurkan oleh Warisan Ummah Ikhlas Foundation (WUIF) dengan kerjasama Jawatankuasa Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia serta Kementerian Komunikasi Malaysia.   

Radio Televisyen Malaysia (RTM) ialah penyiar rasmi, manakala Masjid Al-Sultan Abdullah, Presint Merdeka 118, Karya Bestari dan Sinar Harian merupakan rakan sinergi utama. 

Program ini turut menerima tajaan Able Diaries Sdn. Bhd. dan Syarikat Faiza Sdn. Bhd., serta sokongan Majlis Perpustakaan Awam Malaysia (MPAM), Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS), Rumah Ngaji seluruh Malaysia, Astro Awani, Astro Oasis, TV AlHijrah, Bernama TV, Media Prima Berhad, Ideaktiv, Denai Hati, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Santai Travel, Malaysia Gazette dan Akademi Sinergi Ikhlas. 

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement